Wednesday, December 29, 2010

Jatuh menjunam...

Hidup ini kalau tidap pernah jatuh..memang hebat tuan punya diri sebab mampu imbangkan diri dalam setiap langkah perjalanan. Aku bukan sahaja pernah jatuh..tapi hari ini rasa macam terhempas dari tingkat 100 pun ada gayanya. Rasa sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar . Tapi kalau aku ukur dengan luka ada gaya macam kena lenyek dengan lori 8 tan gayanya.

Sumpah aku rasa macam tak mampu nak tanggung rasa sakit kali ini. Jatuh dah terlalu sinonim dengan gaya langkah perjalanan yang aku atur. Kerana aku memang manusia yang amat kurang segalanya ditambah cemerkap aku yang kadangkala mengundang bahana. Bukan aku tidak sedar atau paham akibatnya, cuma aku sendiri tak boleh nak ubah gaya langkah ini. Betulah kata orang tua - tua, melentur buluh biar dari rebungnya, cuma aku bukan lagi kategori buluh, tapi dah buluh buat lemang gayanya.

Jatuh menjunam kali ini betul - betul meninggalkan kesan yang amat mendalam kerana aku sendiri sudah tidak mampu untuk sedapkan hati sendiri. Kata orang aku negative thinking, tapi sebenarnya aku sendiri sudah terbiasa meramal kejadian paling buruk sebelum kejayaan mendatang. Aku rela jatuh sendiri dari ditolak orang jatuh menjunam macam hari ini. Sampai masa jari ini menaip, kelajuan aku menjunam dari 80 km/sejam kepada 15 km/sejam.Memang aku betul - betul rasa menjunam yang amat sangat. Kalau diukur self esteem aku dengan pembaris, 10 cm belum tentu sampai. Memang parah rasa kali ini.Menjunam habis semua semangat yang ada sampai aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku buat.

Jatuh menjunam kali ini memang buat aku ilang semua rasa yang ada buat masa ini. Reseptor saraf aku dan emosi seakan terkunci. Yang tinggal cuma kemarahan yang meluap - luap sampai aku sendiri dimana patut aku curahkan. Andai aku curahkan, pastinya empang banjir, tanpa dapat aku tahan. Lagi runtuh tembok sekeling aku kalau gaya aku sampai macam nie sekali. Dalam dada, ada 8 tan lori, rasa berat, sebu, sebal dan yang sama waktu dengannya.

p/s : aku tulis ketika tahap termometer jatuh aku berada diparas negative.




Friday, December 17, 2010

Degil

Degil...terlalu sinonim dengan aku...Perangai yang aku rasa aku bawak smp mati..Cukup susah nk kikis tapi kalau kena cara, degil aku boleh jadi baik..Ibu kata rambut aku pun degil macam aku sebab kalau kusut susah nk sikat...Nampak gaya aku tak degil mana, sbb kalo aku suka...aku ikut ker..Tapi kalo apa yang aku nk tak dapat..masa tue baru nampak degil aku..kekadang ibu pun hangin dgn aku...aku nmpk degil bila aku tak nak compromi dengan sesapa atau pun mahu dengar kata..Dan lagi orang kata TAK kat aku..lagi aku kata YA..
Tapi ader cara nk patah degil aku..Ibu aku pandai jer...Dari dia bertekak2 abis suara dengan aku...mesti ibu kata..buatlah ikut suka..confirm aku x buat apa yang aku kata..sbb aku mmg x bleh bila orang ckp mcm nie dengan aku..Tapi degil2 aku..aku senang giler nk wat drama sebabak malaysia.Kalo aku sakit atie,geram dan marah yg melampau2..aku mesti nangis kaw2..tapi aku takkan ckp apa pun masa aku buat aksi nie..sbb aku cuma nk nangis jer..Tak caya tny ibu aku...hahahah 
Walaupun aku degil, gelak gaya macam tak cukup hari..tapi kalo aku sedih...kalah artis drama air mata tau...Aku kalo kena marah senang jer nk nangis..hahaha...Tapi degil aku juga tgk pada orng dan tempat..aku bukan degil buta tuli...Yang pasti aku mmg degil...
p/s Aku pun tak tau asal aku tulis entry nie...

Aku jawab secara kira logik nyata dimana relevennya belanja kawin mahal.

Lewat semalam aku baru pulang dari kenduri kawin..undangan teman ibu aku penuhi kerana ibu punya agenda lain....Sewaktu pertama kaki melangkah.Wah,sungguh meriahnya..khemahnya saja hampir penuh satu lorong jalan...sepuluh jika tidak salah perkiraan aku...Ini bukan gaya makan orang kaya..cuma sama seperti biasa tapi lebih meriah kerana ramai orangnya..Makanan yang dihidangkan juga seperti biasa..tiada yang lain dr istimewa..makan kenduri la katakan...ayam goreng berempah, daging kicap, nenas kari dan ada buah serta kuih jadi sampingannya...Itu semua biasa kita dapat di makan kawin kenduri rasannya...
Ikut gaya mereka seperti berlebihan gayanya...tapi percayalah tuan rumah cuma mahu tiada siapa yang rasa kurang selesa..rumahnya terletak ditaman perumahan bekembar..maksud ku....teres bertingkat yang bersebelahan dengan perumahan tinggi meninggi ( flat) pasti ramai kenalan yang hadir ditambah dengan kenalah ahli keluarga..bagiku cukup sempurna dan serderhana...diiringi kumpulan acapella sebagai peneman setia..
Langkah kaki aku atur pulang setelah menunaikan niat perut dan rasa hati untuk melihat pengantin...sambil rehat badan santaikan diri...tak dapat tidak, perbincangan mengenai pengantin muncul dibibir diri. Percaya tidak...perkhawinan yg bukan ala2 garden itu mencecah hampir berbelas ribu...Bukan pada deco yang sia - sia tetapi pada isi perut tetamu yang istimewa..Semua perlu sempurna walaupun sekadar makanan perkhawinan biasa..
Jadi usah mengeluh resah andai teman sehidup semati anda minta belanja mahal..Kalau tidak cukup, tunggu sampai cukup..tak perlu timbul isu jual anak atau pun apa...Kalau sudah mampu..langsungkan sahaja....tapi kali tidak mampu tapi mahu..nikah sahaja..tanpa perlu perkhawinan idaman..kan abis cerita???.
Kenapa perlu membuka semua aib manusia hanya kerana nafsu akalmu tidak dapat dipenuhi.Kalau betul kasih sejati, katanya sanggup meredah lautan api, takkan belanja kawin mahal jadi penghalang diri???

Ragam manusia

Percaya tidak, aku dah jadi penggangur tegar kembali dan berada dalam state " job hunting" ..Masa yang terlalu banyak membuatkan kemalasan aku menjadi semakin menjadi - jadi untuk menulis..Tapi aku bukan tuli buta..aku perhati dan memerhati..apa yang nampak dan apa yang tidak...melalui tinta tulis tak banyak sikit dah tau gaya perangai manusia...Uniknya manusia ini keran terciptanya dari tanah...punya rasa dan perasaan dan satu - satunya ciptaanNYA yang dikurniakan akal...Untuk timbang tara mana yang buruk mana yang bukan...
Tapi yang paling uniknya ragam manusia ini...terlalu banyak dan sukar diungkaikan dalam kata atau buku...Terlalu banyak yang ada sampai tidak ketahuan jadinya...Bukan kerana diri baik sangat jadinya...cuma aku kadangkala seronok melihat ragam mereka....
Manusia itu mudah lupa karekternya....jika sudah berada ditahap selesa..nyaman udara...seindah kata mengeluarkan kata..seolah - olah anda sahaja punya jiwa dan teguhnya...Andai tidak suka...jangan dipandang dan usah dikerling ...beredar sajaha ibarat angin lalu....ibarat mencurah air ke daun keladi.Tiada yang tinrgal tiada yang kesal..Andai belum sampai tahapnya..jangan dianggap yang lain buruk kerena sombongnya..itu hal mereka..mata dan rasa milik mereka...andai mereka mahu pasti datang kembali...Itu kata aku...kata nagi mata yg selalu memandang dari membalas tinta....

Sunday, November 7, 2010

Mereka...

Barada di posisi ini kadangkala meletihkan minda...namun hasilnya bisa membuatkan aku jadi lupa pada letih resahnya...Aku belum punya kelayakan n untuk berkata..tapi ini kata ku yang amat amateur pada mata dunia...
Satu ketika dahulu..aku berada dimeja duduk menghadap papan hijau yang penuh kata ilmu..Namun pada lewat pagi hari dengan sisa lena yang belum hilang..aku sekadar membuka mata supaya jiwa didepan yang penuh rasa itu tidak sedar akan lena yang bersisa dimata. Tapi dalam lena yang masih bersisa aku masih punya jiwa dan rasa untuk menghadam semua kata di papan hijau..Cuma kadangkala terlepas juga barang semuka dua kerana aku kan budak nakal namanya..(tersenyum sendirian).Sejauh mana waktu itu berlalu dengan amat membosankan aku cuba penuhi akan rasanya..kerana takut jiwa itu yang berada dihadapan papan hijau itu tunjuk amarahnya.Itu aku suatu ketika dahulu yang penuh dengan rasa tapi masih tinggi rasa hormatnya.
Kini aku berada di posisi yang amat bertentangan jadinya..Aku sendiri kurang sangka..tapi dalam perlahan aku jatuh cinta pada posisi ini.Tekadku untuk mengubah nasib anak bangsa menjadi membara biar tidak kelihatan apinya.Meraka masa kini,datangnya ke gudang ilmu ini  lain benar akan rasanya.Datangnya seolah sekadar memenuhi ruang gudang ilmu bukan punya rasa pada gudang ilmu ini...Jiwa yang berada di papan hijau ini, sedaya upaya memenuhi akan tanggungjawabnya...bukan mengharap paham setiap masa namun kadangkala tercabar ego dan rasanya...Mereka yang berada dibelakang meja...punya cerita sendiri, berkata suka seolah2 tiada nilainya pada jiwa di hadapan papan hijau itu....Kalau tidak mahu menambah rasa janganlah sampai kurang hormatnya pada jiwa itu...Datangnya ke gudang ilmu ini bukan berbekalkan senjata ilmu,,tapi siap dihiasi rasa yang kurang ajar dan bangang jadinya....Lembaran ilmu jarang nampak diatas meja...yanhgada cuma lembaran contengan sejak awal tahun lamanya..yang entah bila kurunnya..
Bila ditegur akan lakunya,jiwa itu yang menerima padahnya...Tercabar mereka..kononya anak sayang buah kepayanya tidak salah...yang salah cuma jiwa itu..tapi sedarlah anak kecil yang kamu sangka semut pun tidak mati dipijaknya..belakangmu..harimau gajah mampu disepaknya..Sudah bodoh dan bangang akan akalnya kurang hormat penambah perasa...meraka masih belum sedar..tapi kalau bodoh boleh pandai jadinya..tapi kalau kurang rasa hormat...sampai mati bawa padahnya....Aku juga pernah seperti itu..cuma bezanya, aku amat hormat pada jiwa itu biar aku kurang paham akan apa katany pada papan hijau itu...Mereka masih belum sedar dan seringkali jiwa itu yang menerima akan salahnya....Aku jadi kurang paham akan mereka..Sampai bila mereka mahu seperti ini.....




Realiti

Langit ini cerah tatkala langkah kaki mula diatur mengorak langkah kehidupan...Awan putih memayungi diri ini yang lelah dalam keletihan mengharungi hidup ini....Itu kata aku suatu ketika dulu, seolah aku sahaja yang susah dan lelah...Mengeluh pada yang tiada namun lupa pada nikmat kuniaaNYA..Akal yang diberi ini kadangkala dangkal pemikirannya, dalam lautan duniawai ini aku seringkali lemas biarpun bukan dalam lautan..betapa aku khilaf dan alpa dalam menjadi seorang hamba dimuka bumi ini..Aku bukan sudah tebalik akidahnya..namun tatkala terpikir akan dosa dan bodohnya aku dalam menjadi hari demi hari ini membuatkan aku kadangkala marah dengan diri ini...Akal yang dikurniakan pada diri ini....tewas percaturan pada nafsu diri...Mula mengorak langkah menyempurnakan diri yang ibarat sumbang bunyi supaya merdu di akhirnya....
Aku akui dalam perbalahan ini, tersasar juga diri ini...cuba melangkah dengan penuh hati2 tapi lemas dalam nafsu diri...Aku pohan agar diberi kekuatan dalam cuba mengubah diri..aku tidak mahu menjadi sehebat khadijah....kerana aku tahu dimaa letaknya iman ku..cukuplah aku tidak membebankan ayah dan ibu dengan dosa dan salahku sebelum aku diwali akadkan kepada rusuk kirinya jadinya aku...Aku mahu berubah menjadi yang lebih baik kerana aku sedar betapa kurang ilmu akal aku....
Aku tidak mahu andai sewaktu tiba titian yang panjangnya tak terdaya melangkah...aku rebah kebawah ......Aku berdoa agar datangnya akadku, yang dapat membimbingku, mengisiku,menghayati ku penuh dengan penuh ilmu kerana kurangnya aku....

p/s : Andai benar dia jodohku, dekatkan hatinya padaku..AMIN....

Wednesday, November 3, 2010

Aku terima akannya

Aku terima akanya...Segulung ijazah buat petanda diri ini akhir berjaya menamatkan pelajaran...TAHNIAH FAZIDAH..akhirnya diri ini berjaya membawa pulang ijazah yang bakal aku genggam...Buat keluarga tersayang terima kasih akan segalanya...hutang janji sudah aku langsaikan buat ibu dan ayah agar dapat mereka bangga kan aku sebagai waris keluarga...TERIMA KASIH buat teman yang sokongganya tidak pernah kurang dari dulu sehingga kini...Buat teman seperjuangan..TAHNIAH smg kita bakal menghadapi kehidupan yang lebih ceria dan lebih bermakna dimasa hadapan...

Siapa Kamu

Benar atau tidak kewujudan kamu aku sendiri tidak mahu peduli ..bukan kerana rasa diri tidak peduli tapi kerana aku yakin akan ikhlas nya diri mu...Aku sendiri bukan orang yang baik dan sentiasa jujur tapi kadangkala itu bersebab..bukan bohong sunat tapi keadaaan dan situasi yang kadangkala menyekat akal waras diri ini...Aku faham sepenuhnya....Andai ada persoalan yang hadir menghentam jiwa..jawablah dengan penuh keikhlasan bukan lari membawa diri kerana itu ibarat pesalah menunggu gantung nya biar kata pepatah..menglaah tidak bereerti kalah tapi dalam keaadan ini..itu bukan lagi pasak utamanya....Percayalah apa yang kamu mahu percaya kerana aku masih percaya...

25 randoms thing,fact, habit or goals about me...

Tag nie aku amik dr mass...hehehe.. sebab dh lama gila diri ini  tak updte status....

  1. Selalu konpius saturday dengan sunday hari apa.. biarpun aku dh berpuluh kali cuba  igt...(^_^).
  2. Belajar sampai degree sebab tak larat jadi kuli....huhuhu...bukan sebab nak pandai
  3. Sayang family  smp hujung nyawa...tp aku amatlah degil..mak kata aku degil....hihi
  4. Suka tido dengan bantal yang banyak...kiri dan kanan...adik aku amatlah berbulu dengan tabiat ini...
  5. Tak suka bunga...tapi suka jer kalo dapat.
  6. Suka masak dan makan...tapi kalo mak masak aku lg suka..
  7. Kalo baca novel atau majalah...aku suka baca dr belakang...sbb aku nie tak sabar...nanti aku baca langkau2...( tebiat nie sama ngn mass) hehehe
  8. Aku suka kengkawan aku.....tak caye leh cuba jadi kawan aku...
  9. I have been in crush with somebody for 10 years and still even he does't know...(^_^)
  10. Percaya atau tidak..aku suka tgk kabhi lushi kabhi gham...ader 300 kali dh ulang tak pun lebih...jgn tny knp, sbb kita tau kan sbb apa kita jatuh cinta...hahahha
  11. Aku senang addict kepada sst lagu dan akan dengar smp telinga dh muak...mangsa ada roomate ..sebaik roomate sporting.
  12. Gila tengok tv, amat2 gila sehingga boleh menyebabkan aku x buat kerja..hukhukhu..tebiat buruk.... Layan, CSI, NSIC, Supernatural 1-6, Las Vegas, Chuck, Flash Foward.
  13. Giler One piece dan naruto, prince of tennis, bleach..anime yang mmg aku layan dari dulu smp sekarang.
  14. Cita sekarang nak cari kebahagian untuk diri sendiri, dunia dan akhirat jika diberi peluang....
  15. Amat mudah menangis utk sesetengah sebab tp aku mmg jarang nangis depan orng lain kecuali kat umah...amat mudah lagi jika aku sensorang tgk citer sedih...hukhukhuk (=_;)'..
  16. Tak suka kena tinggal jadi aku mmg takkan tinggalkan orang...tak kira siapa...sbb the feeling is like hell..believe me...
  17. Sering terpikir dari rusuk kiri siapakh aku jadinya...? 
  18. Aku amat mudah melenting tapi amat mudah sejuk...jarang berdendam tapi sekali jadi smp bila aku igt....
  19. Aku graduate umur 27 tahun serta dalam keadaaan hujan dan banjir tapi ttp kenagan manis dalam hidup aku..
  20. Kelemahan paling susah nk ubah...x bleh ajuk diri dengan nama sendiri...ngn family aku jadi along, tp dgn sesiapa shj akan jadi aku, atau saya...hehehehe..aku geli nk ajuk nama sendiri...
  21. Aku suka mendesak dan pasksa..tp cuma pada mereka yang aku sayang dan mereka sayang aku..(^_^)
  22. Ada bnyk sgt nama panggilan tapi aku redha sebab tak elok kan kalo x redha...hehee
  23. Tak suka dengar radio...bising...sbb aku buka jer tv walaupun aku duk dapur...
  24. Nak cari orang yang boleh tahan tgk aku smp aku mati dan aku pun tahan tgk dia smp mati....hehehe
  25. Tabiat bangun tido suka on laptop dan pc..dari dip smp aku degree biar pun aku x der apa nk buat...

Thursday, October 7, 2010

Kasih sayang sejati...

Tajuk entry macam tuan punya diri balik dari bercinta tapi memang pun cuma mereka cinta hati sejak sepuluh tahun dahulu...Semasa era zaman bodoh alang sehingga berkeluarga kasih tetap bersama...Jatuh dan bangun kami harungi bersama....Syawal hampr melabuhkan tirai...sana sini "rumat terbuka" itu agenda nya...memenuhi undagan yang mana ada...semua tetap sama kerana kami masih bersama  cuma topik perbualan sudah jauh bezany a dari sepuluh tahun dulu...Kalau dulu topik hangat nya pasti artis semalaysia dan " secret admire", ..biasalah kami muda remaja ...hehehe...Tapi hari ini percaya atau tidak topik hari ini ...merencana masa hadapan jadinya... Masih lagi bergosip artis semalaysia cuma kini itu sampinganya....Pada teman yang sedang tumbuh bunga mekar ditaman hati...seribu doa aku panjatkan semoga ini jadi yang mekar sampai mati andai ia takdir ILLAHI......Kami bukan bersaing mencari kasih dan sayang sejati cuma masing2 menyokong antara satu sama lain...Kerana masa dan ketika ini..sudah tidak punya waktu untuk bercinta bertahun lamanya namun hasil tidak kemana...Kalau dahulu bila bercinta menjadi rahsia kini semua sudah makin terbuka..meluah rasa hati setia...bukan kami sebagai penilai cuma mahu gembira disampingnya...Being 27 years old  and still single is not an easy thing u know....hahhaha terlalu banyak cerita yang perlu kami kongsi bersama...Dalam perjalanan pulang...tajuk ini menjadi topik utama dengan seorang teman...Katanya..sudah sampai masanya ketika berusaha...mencari cinta.. bertemu kasih dan sayang sejati...Doa sudah kutitip dari sehari ke sehari kini sampai masanya kita berusaha mencari siapa geranganya...Hati ini sudah patut dibukakan supaya terima siapa shaja dengan redha....Inilah masanya kami memulakan pencarian untuk membina keluarga katanya...Tapi teman ini seakan punya ragu dihati...kerana tergalas dibahu sicantik sayang...ibu yang sayang sepenuh hati...Takut tiada yang dapat menerima hadirnya permata hidupnya ....Jadi tanpa berfikir apa padahnya..aku katakan pada teman ...andai sudah jumpa si cinta hati katakan padanya...i'm willing to accept but with one condition..you have to accept me with my package...buy 1 free 1. me and my lovely mother......untung apa tuan badan..beli satu percuma satu...bukan senang datang begitu....Kata teman...usaha + doa + tawakal...semua perlu kita lakukan...andai sudah tertulis sampai masanya..pasti akan tiba insyaallah....mudah mudahan teman kasih sayang sejati bertemu dengan cinta kasih yang kekal abadi sampai mati...AMIN....

Friday, October 1, 2010

Why talk if u can write? or Why write if u can talk?

Tajuk macam biasa dengar...Kata2 ini aku pinjam dari seseorang...jangan risau..aku sudah pinta izin pinjam kata katanya...Tajuk omputih entry melayu tak jadi salah kan...
Kata orang kata tajamnya mengalahkan pedang....Kalau betul gayanya boleh dapat apa sahaja hanya dengan kata - kata. Bukan kata - kata yang yang kosong isinya tapi penuh dengan ilmu tiada tolok bandingnya...Tapi kata juga andai salah laku lakunya...masjid yang indah terbina bertahun lamanya boleh runtuh sekelip mata andai tidak terkawal gunanya...Jika salah gunanya bisa pincang satu dunia....Itulah  kata - kata...Namun..jika kata dialunkan dalam nada penuh lembut iramanya...Dunia yang perang boleh jadi aman jadinya...Rajuk yang panjang bisa terhapus sekelip mata...Amarah yang meletus ibarat lahar bisa padam sejuk membeku membuang rasa..hati yang keras ibarat batu bisa lebut tanpa hadnya...Itu adalah kata - kata.....  Anak yang degil lakunya bisa jadi soleh paham kata ...Hebat atau tidak kuasa kata anda tentukannya...Namun masih ada yang tidak punya rasa untuk berkata..mungkin tulisan jadi senjata..
Sebanyak mana kata boleh diluah ..sebegitu juga tulisan boleh jadi nyata..Andai kata bisa setajam pisau, tulisan kata boleh menggegarkan dunia...tapi itulah nyatanya...Tulis kata yang hebat bisa menggemparkan aman satu dunia,terkenang sebagi penulis akhir kata.Tulisan yang sayu dan sedih jiwanya...bisa bergenang di tubir air mata tatkala mata membaca kata. ..meruntun jiwa emosi muda dan tua.
Kalu kata tidak mampu dilafaz...luahan rasa jadi pengganti diri....Pada yang tersayang, jika kasih tidak terucap dihujung bibir...bait2 pena cinta sebagai kata diri...Andai amarah menggunung tidak tercetus rasanya..sampaikan tulisan kata dengan penuh rasa geramnya...itu adalah tulisan kata...siapa sahaja mampu menulis itu hakikatnya.....Kasih yang jauh dimulut dalam dihati dapat sampaikan melalui tinta pena....Akal yang tajam dapat dikongsi dengan tulisan ilmiah ...itu lah kuatnya tinta pena....Jika betul isi dan pendapatnya...pasti dapat merubah dunia...seperti penulis besar yang ada kini hari....
Namun manusia ini lahirnya atau jadinya dari asal yang sama tapi punya rasa berbeza...Ada yang lahirnya semulajadi sebagai pendebat hebat...kata-katanya bisa mempegun seisi dunia....Tapi ada juga insan lahirnya pendiam yang amat sangat...Kata - katanya cuma kedngaran kadang kala tapi tinta penanya bersuara lantang menyuara rasa hati ....itulah manusia...
Ada orang perlu bersuara untuk melempias apa rasa hati...bergurau senda jadi peneman sunyi....berkawan rapat mesra tersenyum indah...Ada orang senyum pengganti kata....Sepuluh kata terlontar kita, diri itu tersenyum jua...berat mulut bukan emas isinya namun punya rasa yang berat tak terluah kata....Pena tinta jadi peneman jiwa....Rasa gembira dan sedih dikongsi sama...Membuat jiwa seakan rasa apa ditintanya....


Saturday, September 25, 2010

Hadapan

Bagi yang punya taman hati...semoga mekar sampai bila...ini bukan kenyataan nyata cuma aku punya kata...
Melihat orang lain bahgaia juga ibarat virus selsema...Mereka yang bahagia ..aku tersenyum indah menumpang rasa....Aku punya hati yang besar agaknya...selalu bergembira pada siapa sahaja....Teman tawa yang ada sampai bila juga aku punya...namun masa membataskan segalanya...buat masa kini....Aku perlu pinjam masa untuk diri sendiri...Keletihan dua tika ini ibarat memikul berat yang berat..sebenarnya tanggungjawab yang tak tergalas rasanya....Tapi aku harus punya hati yang cekal...demi mereka...
Masa seolah bersaing mendahilui diri ini...Sedar atau tidak...hujung tahun menanti tanpa sabar gayanya...sedangkan aku masih merencana...Hidup ini terlalu banyak angannya...belum ada yang terlunas..Bila difikir kembali boleh pusing ligat otak jadinya..banyak perkara harus jadinya..aku seolah tidak punya  cukup masa...keliru mengejar segalanya...Tertanya sendiri bagaimanakah hidup aku dimasa depan? kalau ku punya kuasa pasti aku tebak segalanya...Hati makin lama makin runsing...Tak keruan rasa gayannya....Tidak terkejar rasanya mereka...Kadang kala lelah itu indah tetapi kadangkala ia penuh kecewa....
Tapi itulah bahagianya masa hadapan...tidak pasti apa yang menanti..penuh dengan kejutan..semunya boleh dirancang namun kuasaNYA tidak siapa yang dapat membaca....AMIN.....ALHAMDULLILLAH...ku pohon agar semuanya selamat hendaknya....


Masih ada....

Masa merubah segalanya..pada amatan mata dan fikiran ..semuanya sudah ada ..pasti semua menikmati apa yang ada dengan hati yang terang lagi bersuluh...Tapi semua itu lain benar dari realitinya...berada diduina yang dulu pernah dihuni namun kini kembali sebagai lain perananya...Dulu aku yang berada dibelakang sentiasa menerima...dapat atau tidak lain lain persoalanya..cuma aku mungkin bernasib baik..walaupun kurang cerdiknya namun dapat dipaham apa yang diberi...Tapi dizaman yang serba maju ini dimana semunya semakin pantas..masih ada hati yang jauh ketinggalan...datangnya kedunia itu cuma menjengah..tidak ada perasaan untuk memahami sehinggakan mereka asing didunia sendiri..Dalam rasa ini..aku punya pelbagai rasa..rasa simpati yang melimpah ruah, sedih dan amarah...siapa silap dan dimana pesongnya....Orang yang memberi tidak punya kuasa memahani atau si penerima yang hilang minat menerima....Kalau membaca pun pincang katanya...bagaimana menghadapi dunia diluar sana...Kepada pendidik..didilah mereka dengan seikhlas hati kerana ini mimpi itu punya impian yang nyata....

Sunday, September 19, 2010

Salahkah aku....dimana silapnya...

Rasa hati ini kini penuh rasa....diri ini sendiri tidak tahu apa rasanya. Bercampur rasa jiwa bergebu rasa, itu rasa. Rasa yang paling tidak suka aku akan rasanya... Dalam hati ini satu masa dulu pernah berjanji untuk tidak menjadi seperti itu, namun dalam sedar atau tidak aku perlahan - lahan menjadi itu...Adakah aku lahirnya menjadi takdirnya seperti itu..Puas sudah ku ubah, bnyk yang kurasa ditelik tebak rasanya sudah berbeza gaya dan citanya...Aku menjadi keliru dan semakin keliru...Apa salahku dan dimana silap nya...

Tuesday, September 14, 2010

Kasih jiwa tua itu....

Bersamaan 5 syawal ketika jari jemari ini menulis kata...seperti umat islam yang lain..aku juga menyambut syawal kali ini..dengan penuh kesyukuran dan rahmat...cuma detik syawal kali ini lain rasanya..Diri ini semakin kurang perasaan raya mungkin kerana usia...kalau itu yang jadi tanda tanya...Kepulangan kali ini bezanya kerana disambut oleh rumah yang tersegam indah...indah ukiran dan hiasan memikat jiwa...bukan lagi rumah tua kampung yang sejuk mata memandang..sejuk gigil pagi hingga ke tulang hitam...Runtuhnya impian hati tua seorang insan..rajuk hatinya tiada yang tahu tetapi terbinanya sebuah impian dan harapan seorang anak...Diri ini cuma pemerhati..tiada kata mampu ku lawan kerana sudah lama hilang hak....Aku cuma penumpang jiwa...
Dalam tawa ku lihat tubir mata bergenang....kata mereka...si jiwa tua beruntung punya rumah baru, bertuah badan gayanya...namun jauh terpesok didalam dadanya..jiwanya penuh sedih...itu aku tahu kerana jiwa tua itu terlalu rapuh emosinya kini...Jiwa tua itu hanya memendam rasa tatkala hasil titik peluhnya puluhan tahun jatuh tersemban bumi..ini jadinya bila dia menyerahkan hak pada mereka...Aku bukan kepingan hak memiliki namun cuma mahu bersuara....Jiwa tua itu tiada siapa yang mahu memadang nilai pandangnya..
Jiwa tua ini menangis dalam tawanya...haknya bersuara hilang sekelip mata...hasrat jiwa tua mahu habis riwatnya di rumah jiwa miliknya..namun tidak kesampaian..Kemana harus jiwa tua membawa langkah kaki tatkala rindu datang menjelma..Rumah tuanya sudah tiada.ibarat menumpang teduh ditanah miliknya itu rasa jiwa tua itu......Jiwa tua bersuara dikata kolot pemikiranya...tidak pahamkah naluri mereka andai jiwa milik meraka diambil apa rasa menjelma jiwa? rasa riang tersenyum mesra atau senak hati pedih jiwa jawapanya..Aku punya kasih yang besar untuk jiwa tua ini,tersangat besar sejak kebelakangan ini... kerana dulunya kurang rasa pada jiwa aku.....Tapi kini jiwa ini besar sungguh sayang padanya....
Diri ini cuba menjadi memahami tatkala yang lain menidakkan diri...Bukan diminta dimanja jiwa tua itu cuma mahu difahami dan didengar kata hatinya.....Marahnya bersebab..radangnya ternyata..rajuknya punya rasa..itu jiwa tua...Diri ini cuba memenuhi apa yang ada,kerana kuasa diri amat terhad gayanya...tidak mampu bersuara bukan bisu sebabnya...tapi derhaka jadi lawanya....Aku sayang jiwa tua ini...andai satu masa nanti aku punya kuasa yang lebih..aku mahu jaga jiwa tua ini...ini hasrat aku....kerana satu masa..diri ini juga bakal mengalami rasa ini...kutulis rasa ini..semoga andai masa itu tiba,,aku sedar akan rasanya...apa jiwa tua ini perlunya....
Air mata barat hujan turunya tatkala tekenang jiwa tua ini.....Aku sayang pada jiwa tua.....

i'm 27 years...

Sedar atau tidak, sudah 27 tahun diri ini bernafas atas kehendakNYA.Lahirnya diri ini atas penyatuan kasih dan sayang mereka.Diri ini bersyukur kerana dilahirkan,dibesarkan..ALHAMDULLILLAH..27 tahun berlalu, banyak perkara sudah aku lalui..ini membuatkan diri menjadi lebih matang...tapi itu kata aku...Namun kedegilan amat susah untuk dikikis...Itu adalah aku, mudah melawan kata pada yang menuju kata..bukan menderhaka..tapi hanya punya luahan pendapat...Seribu kemaafan kupinta pada siapa yang tercalar hati, merajuk hati pada diri ini...
Melalui jatuh bangun dingin diri ini membuatkan aku tefikir...apakah yang telah kucapai selama ini..Dimanakh diri ini berada...Rakan seperjuangan sudah sampai ke puncak kehidupan..punya kerjaya,isteri/suami untuk bermanja..anak sebagai pewaris diri..Tapi aku..masih satu belum ku gapai..hanya segulung ijazah pemuas hati diri...pada mereka..apalah nilai segulung ijazah tapi percayalah tinggi nilainya pada diri ini. Itu adalah aku...punya cita namun tidak meninggi menongkah dunia...
Kini satu aku punya impian dan cita..namun sampai bila jadi nyata, diri ini juga tiada jawapanya...Namun kini yang pasti...aku perlu mencari..kasih yang dapat dibawa sampai hujung nyawa...diri yang mampu kusayang sampai pejam mata...dimana dan siapa dia, itu menjadi tanda tanya..kerana diri ini juga kurang pasti.Bukan terdesak dan didesak namun kurasa hati kecil ini sudah sampai masa...itu kata aku...Itu hajat dan hasrat ku dikelahiran ualang tahun yang ke 27 tahun kali...Siapa saja yang tertulis rusuknya jadinya aku...Aku berdoa agar ketemu...AMIN...HEPI BESDAY to u FAZIDAH...
p/s: entry nie leat 3 hari..sbb kg x der internet...

Ramadhan kali ini..

Entry ini mungkin lambat ..namun.better be late than never kan?? Percaya atau tidak ramadahan kali ini berbeza dari sebelumnya....Apa yang berbeza? Kerana bertahun lamanya...diri ini berpuasa dirantauan...olah kata mcam duduk obersea gaya...padahal hanya di sintok kedah letanya....Tapi ramadhan kali ini memberi seribu satu rasa yang berlainan pada diri ini...Hadirnya membawa erti dan pengertian yang berbeza.
Sedaya upaya melakukanya dengan penuh keikhlasan...Ini adalah aku..Bukan jahil agamanya..namun lalai itu persoalanya..diri ini masih cuba memperbaiki ..berubah dari dari satu peringkat ke arah lebih baik..Jujur...aku bukan alim warak orangnya, cuma ingin menjadi yang lebih baik..itu pinta da hajatku..
Kata mereka..andai diri bukan sebaik diri khadijah ..jangan dipinta tinggi akhlaknya seperti Rasullullah..
Semoga ramadhan kali ini memberi seribu rahmat pada semua....AMIN...

Lelah itu indah...

Gaya tajuk entry macam tuan punya diri kerja buruh...Sama sekali bukan..Diri ini cuma masih belum punya kerja yang tetap atau bahasa indahnya "penganggur terhormat". Bergelar penganggur di usia ini bukan senang...ditambah pula dengan title anak dara yang ku pegang sejak 27 tahun lalu hingga kini..Tekanan semakin tinggi ibarat gunung tidak dapat kutawan..Namun hanya senyuman paling manis bisa kuberikan pada mereka.
Dua tiga menjak ini diri ini semakin lelah...tapi bukan penyakit yang kuhadapi..tapi lelah yang manis..Tak kusangka rupanya andai diri ini ikhlas sepenuh hati, lelah itu menjadi indah...satu perasaan yang kurasa sangat indah..tidak dapt ku ungkap hanya dengan kata - kata, lelah yang bisa membuat diri ini masih bisa tersenyum puas..Begitu hebatnya ikhlas dalam kehidupan....Bersyukur kerana diberi peluang menikmati detik ini..tidak perlu tahu apa lelah yang tapi yang pasti Lelah ini indah....

Friday, September 3, 2010

Ia datang lagi..

Ketika entri ini ditulis..hujan sejuk mengiringi aku dengan suasana yang paling nyaman...Inilah dunia khatulistiwa .
Cuaca nya tak dapat dijangka biarpun ramalan seringkali kedengaran ....Hidup ini juga begitu..perlunya ada perancangan namun kadangkala ia jauh pesongnya dari laluan..Aku tidak pernah punya perancangan yang telus untuk diri ini...dulu anganku segulung jazah bisa mengubah segalanya..Alhamdullillah...kian hampir menjadi nyata..sokongan keluarga serta teman tercinta yang tidak putus kunjung tiba nyata membuatkan ia nyata jadi kenyataan...
Jatuh bangun aku sebelum ini membuat diri ini takut untuk berangan tinggi..Andai jatuh kecainya sakit hingga ke hulu hati.....Kecewa yang bisa membuat angan seakan takut untuk bertamu..realitinya ini adalah diri ku...Luaranya gaya keras macam batu, ditoreh tidak luka, dibaling tidak sakit..tapi hakikatnya...jauh tertusuk didalam hingga luka.. Bukan pura - pura hidupnya tapi itu lumrahnya, tidak perlu ditunjuk lemahnya andai mengundang kata...Tabahlah seperti biasa...itu adalah aku...
Dalam kebiasaan itu akhirnya menjadi kebiasaan..menjadi tabah seringkali dianggap kuat...hingga dianggap kebal gayanya dan tidak mampu rasa..Aku terfikir andai benar diri ini tabah..perlukan luahan ini ditulis..? Dengan cogan kata aku.."bolej aja, ok jer, tak aper, mana2 ajer"..hingga sudah terbiasa dianggap sentiasa boleh oleh sesiapa sahaja..Bukan diri ini tidak punya prinsip atau harga diri..namun sejauh mana mampu dijunjung dan ditatang keduanya...Andai ia mengundang luka..biarlah diri ini begitu..hebat juga rasanya andai bisa mengendurkan yang tegang, meramaikan yang kurang, dipilih dari memilih... Itu adalah aku pada kaca mata diri ini...Hebatnya menjadi aku kerana biasa aja semuanya....
Namun percayalah...mengalah itu bukan kalah..dan menang itu bukan agung nilainya....Tapi disamping teman tersayang aku adalah aku...Kadangkala ada juga gaya diktatornya..tapi cuma pada yang sayang....Renung lah siapa diri ini......

Thursday, September 2, 2010

MERDEKA

Hening subuh pagi ini membuatkan diri ini berfikir terlalu jauh..lena malam yang terjaga dibuai mimpi indah...Aku bersyukur kerana jatuh sayang padanya...berpeluang untuk belajar mencintai, menghargai dan menanam jati diri anak melayu..TANAH dan TUMPAHNYA darahku MALAYSIA....
Merdeka tanah melayu ini untuk kali ke 53..setelah mengharungi pahit getir...akhirnya, tanah melayu ini mampu berdiri diatas kaki sendiri....Namun sejauh mana erti merdeka ini bagi penghuninya? Semua mempunyai  pandangan dan pengertian yang tersendiri bagi erti kata MERDEKA..Jujur diri ini mengaku, walaupun sudah hampir berdeakt lamanya bumi ini merdeka, namun penghuninya masih jauh dari erti merdeka...Bukan merdeka dari penjajah, tapi merdeka dalam diri sendiri. Tidak cuba memerdeka pemikiran yang ada, sikap yang merdeka serta gaya hidup merdeka..Fikir fikir lah...

Thursday, August 26, 2010

Fragile...

Rapuh? Bukan rapuh iman hendaknya...cuma emosi dir yang semakin "fragile".Lewat usia dewasa ini, kadangkala emosi mengatasi akal pemikiran.Inilah lumrah kehidupan manusia..bukan sahaja diri ini menghadapinya...Terimbas kembali jejak langkah yang lepas bermain pusing  di fikiran.Jika suatu masa dahulu, dasarnya pada "tidak kisah@biarlah..namun kini tanpa sedar beralih arah pada "Kisah dan Ambil Tahu"...
Di usia belasan tahun, tatkala mula mengenal dunia remaja, ketika emosi penuh ceria, hanya ada suka dan belum hadirnya duka menghampiri...Jalinan ikatan persahabatan disimpul rapi..Dari dasar sahabat sejati meniti pula frasa disayangi...tatkala itu hanya ada emosi berkasih.Namun sikap tidak kisah @ biarlah membuat diri tidak pernah menjejaki rasa hati ini..Ikatan persahabatan disimpul mati....sedangkan teman sudah ada yang meniti jalinan hati...
Dari bertatih mengenal emosi sehingga bisa berlari...Emosi dan jiwa ini makin kebal dengan kasih dan sayang...Bukan menidakkan jalinan kasih hati namun tenggelam dalam limpahan sayang sejati teman dikasihi..Diri disemai perasaaan berdirikari sehingga tertanam sikap kendiri....Bukan tidak mengaku lemah namun cuma berasa gagah....Segalanya dilakukan sendiri..dengan teman disisi..namun itu suatu masa dahulu...
Kini diri ini semakin lemah...emosinya mudah tercalar....segalanya menjadi perkiraan...jika dahulu tidak di endah...namun kini segalanya berbekas dijiwa mengundang hiba...Melihat mereka bahagia, hati dicuit ceria namun, didasar hati paling jauh terkesan jua jiwa...
Aku bersyukur dengan kasih yang ada...teman dan keluarga..tapi jauh di dalam hati yang paling dalam...perlunya seseorang untuk berteduh...Bukan untuk persinggahan sementara tapi yang kekal sampai hujung nyawa....Bukan tidak mahu mencari namun..tidak tahu dimana silapnya...aku masih belum punya dahan untuk menumpang teduh...belum punya tempat menumpang kasih...meluah rasa suka dan duka...Percayalah ini bukan rasa terdesak untuk berteman namun hadirnya perasaan ini secara semulajadi...punya seseorang yang hadir disisi...
Kebelakangan ini aku menjadi amat murah pada air mata.,mudah tersentuh.Kadangkala sehingga menjadi tanya pada diri sendiri... Bukan tiada teman baik untuk mengadu nasib...Bukan tidak percaya pada aturanNYA namun hati kecil ini mengeluh rasa....Hati ini seakan tidak terbuka pada sesiapa atau sebenarnya telah lama dihuni hingga tidak tahu siapa tamunya....Tertanya diri dari rusuk kiri siapakah aku  jadinya...Aku insan biasa yang punya segala rasa...hadirnya perasaan ini sebagai manusia biasa bergelar insan..Kata mereka, usah dicari soleh untuk diri , andai dirinya belum cukup solehnya...AMIN...

Tuesday, August 24, 2010

Indeed....

Dua tiga yang lepas...entry aku macam bunga2 kasih la plak...sebab mood swing agaknya..Lagi pun bila lagi nak test power ayat kesasteraan kan??? Manusia kan banyak emosi...semafia maner pun, segengster maner pun mesti ader soft spot kan??? Nie kan aku yang memang lahir sebagai perempuan..punya rasa plebagai rasa dh emosi yang sukar di jangka....Semenjak puasa nie..time sahur jer layan drama "NUR KASIH"...aku bukan kategori addict la ngn citer nie...sbb masa mula2 dulu drama nie masuk mood family, mmg layan ar tp dalam 2 ,3 episode jer...tp sebab prinsip tv aku...alang 2 dh start tengok kena smp habis.... bila dh rewind balik citer nie...tetib ajer ader satu perasaan...ish...cam hampeh jer adam dalam citer nie...hahhaha pada fan "ADAM"...no hard feeling ar...sbb aku minat "AIDIL" kerana dia penuh dgn sifat brotherhood...
Lelakikah anda bila sudah punya isteri sebaik nur tapi masih mahu mencari cinta yang kononya sejati..Lelakikah anda, pabila diri ingin berada dijalan yang lurus..segala yang bengkok dibuang? Bukankah dia cinta sejati..Mengapa yang bengkok itu perlu dibuang bukankankah perlu diluruskan agar seiring dan sejalan dengan perubahan diri... ...namun menjadi jijik dan sudah tiada lagi cinta tatkala diri menjadi kononya mau berubah menjadi baik.....Tetiba jer aku emo ngn watak ADAM nie..hehehe ( lelaki ker perempuan ker sama jer)
Sebagai manusia kita semestinya mengimpikan yang terbaik untuk diri..namun terbaik diri kita ? Cuma sembang kosong subuh...

Wednesday, August 18, 2010

Terkubur tanda cinta ....


Seimbas pandangan tajuk entry..gayanya macam diri ini terkubur cinta...Percayalah..bukan itu agendanya hari ini....Seringkali mata ini menatap raut- raut wajah yang penuh kedaimaian tatkala lena menghantuinya, tatkala perutnya kenyang terisi susu tatkala gelak tawanya menghiasi bibir comel bila mendapat bahagianya belaian..Masalah yang kusut tersimpul ketat bisa terlerai kemas melihat indahnya ciptaan ILLAHI..
Namun masih ada insan dibumi ini yang bisa membiarkan sikecil ini terdampar sepi...tegar sekali hati ...tidak tersentuhkah rasa hati ibu pabila anak yg dikandungnya menghiasi dada akhbar...dia bukti cinta yang konon nya sejati, mengapa harus dibiar pergi..terpalit dosanya pada diri sendiri mengapa perlu sikecil menjadi koban harga diri maruah ??? Bermaruahkah diri setelah mengorbankan nyawa sikecil ini...mampukah ia menghapuskan kesalahan diri sendiri, mempertahankan maruah keluarga yang kononnya yang mulia...namun pandang rendah sebulum ini..
Diri ini sudah tidak mampu melihat sikecil yang letaknya dimerata ibarat tiada nilainya..bukan jijik tapi tidak mampu melihat keadaan diri sikecil...mengundang titis air mata meruntun jiwa..sikecil yang pastinya tetap menunggu di syurga... tersenyum manis menanti ibu tercinta biar diri dibiar mati....Lahirnya menjadi tanda bukti kekhilafan ibu dan ayahnynya, perginya diri sikecil menjadi tanda terkubur sudah tanda cinta..Namun lenakah tidur malam ibu dan ayahmu.....sengara bersalah menghantui dan merani diri sehingga pejam matanya...
Tenanglah kamu sikecil yang putih besih dirinya dialam sana..... kamu anak kecil yang tiada salahnya...salahnya pada mereka yang lupa diri... tidak terpalit dosa ibu dan ayahmu pada dirimu...semoga roh sikecil yang dibiar sepi berada digolongan yang beriman....AMINN....
p/s : masih ramai yang mendambakan hilai tawa senyum manis sikecil itu....bersyukurlah kerana dikau merasa nikmatnya menjadi ibu.....

Monday, August 16, 2010

Ego vs Maruah !!!!!

Dua perkara ini adalah lumrah mansusia berpijak manusia di bumi ini...Maruah diri yang harus di lindungi ibarat perisai diri serta ego untuk menampakkan pendirian diri seumpama kereta kebal melanggar musuh... Itu cuma pendapat sembarangan aku, tiada kaitan dengan manusia lain...Apa sebernarnya maruah??? Dimana letaknya paras piwai nilai maruah diri seseorang? Siapa juri agong yang menghakim nilai dan taraf maruah individu itu sendiri ????Setinggi mana ego manusia itu dapat dicapai atau sedalam mana harus ditelah keegoan itu..Begitu pentingkah ia dalam kehidupan dan perhubungan??? Aku menjadi keliru, gelisah dan kadangkala terbit amarah dalam diri ini...
Bukankah.....dalam sesebuah perhubungan kita menjadi sama rata...tiada istilah saya, aku yang ada cuma kita  dan kami...Mengapa retaknya hubungan hanya kerana ego yang melangit dan putus nya kasih kerana maruah diri yang dipertahan. Bertahun menjalin kasih, beribu waktu menyemai kasih..andai diri penuh kekurangan bukankah perlu melengkapi bukan harus memenuhi ......Terlalu dalamkah ego sehingga sukar ditelah...tidak langsung dapat digapai...bukan dipinta menunduk hormat cuma secebis ertis pemahaman....supaya semua menjadi lebih terang, jelas dan tiada selindungnya.. Maruah perlu di lindungi namun, kalau ia memakan diri bukankah harus direndahkan sedikit pertahanan diri ...supaya segalanya selesai aman dan damai...dan bahagia...Berada ditengah keadaan ini amat lah tidak selesa....ibarat perut sakit sembelit, kaki kena cagu...serba tak kena...bukan aku yang mengalami cuma pinta ku .....kasihanilah mereka yang berada ditengah2 keadaan ini...amat memenatkan dan melithkan...SEKIAN....

Friday, August 13, 2010

Tersenyum itu bahagia @ penuh duka?

BAHAGIA...semua hamba ALLAH di muka bumi ini inginkan kebahagian di dunia dan di akhirat..Namun seringkali kita diuji dengan persoalan dan dugaan dalam mengharungi kehidupan ini...Bahagiakah mereka yang tersenyum itu atau terselit 1001 satu kedukaan yang tidak dapat dilihat..Dimanakah terletaknya kebahagian sebuah keluarga, sepasang suami isteri dan individu itu tersendiri...Kata orang..duit tak dapat beli kebahagian..namun duit boleh meruntuhkan kebahagian..itu yang pasti. Diri ini bukan seorang yag memandang kebendaan kerana sudah biasa hidup dalam serba kekurangan. Tapi realitinya, hancurnya sebuah keluarga kerana "DUIT", bercerai kasih bertalak sayang suami dan isteri kerana "DUIT", Bertikam lidah, melontar kata nista antara abang dan adik juga kerana duit, berputus kasih ibu ayah berpisah sayang anak juga kerana duit.Begitu kuat impaknya terhadap kehidupan kita.
Diri ini menjadi takut dengan "DUIT" , terlalu banyak pengorbanan yang diperlukan hanya kerana "DUIT". Namun tanpa nya, diri ibarat makan tak kenyang, mandi x basah. Mereka yang dilimpahi kemewahan tidur nya tak lena kerana memirkirkan cara untuk menambahkan kekayaan, mereka yg x punya apa, lena tidurnya kerana lelah siangnya mencari kemewahan.Kata orang bercinta, diri sanggup meredah onak dan badai, tak perlu kemewahan yang perlu ada cuma cinta, tapi mampukah cinta mengisi perut, membeli pakaian anak2 dan membuat hidup kita bahagia? Gaya nampaknya ibarat diri ini terlalu mementingkan kebendaan, namum percayalah bukan..cuma diri ini berpijak dibumi yang nyata dan realistik. Kenapa perlu pertaruhkan kehidupan akan datang hanya kerana kita yang kononnya percaya cinta itu bahagia.Percaya cinta itu bahagia...
Andai benar cinta itu bahagia, mengapa harus ada cinta yang telah bersemi hampir sedekad lamanya hancur begitu sahaja hanya kerana kemewahan.Andai benar cinta itu bahagia...mengapa semua menjadi persoalanya....Terlalau mengejar kemewahan juga membawa padah, terlalu bergantung atau hanya cinta sahaja mengundang duka.....Namun senyuman masih mengiasi bibir mereka, sedaya upaya kedukan itu dihapus dengan senyuman...Bahagia atau tidak diri ini, hanya empunya diri sahaja yang tahu kerana bahagia dan duka itu terlalu subjektif. Bagi yang sudah biasa dilimpahi kemewahan bahagia itu datangnya dari keluarga yang penuh kasih dan sayang, bukanlah dari kemewahan semata mata. Itu katanya yang kaya. Bagi yang kurang segalanya, bahagia itu andai dapat memenuhi segala keperluan hidup seisi keluarga. tidak perlu berlelah siangnya hanya kerana ingin bahgaia.
Namun..diri ini tidaklah perlu dengan kemewahan yang melampau...cukuplah sekadar memenuhi keperluan hidupan harian, tidak perlu meminjam,bergadai untuk hidup.Biarlah bahagia itu datang bkn dengan kemewahan dan duka itu hadir kerana kemewahan..Diri ini sudah puas hidup dalam keadaan demikian, runsing dan pusing memikirkan ttg kemewahan....Ku harap bahagia itu datang kerana cinta, duka itu hadir keranan sayang, tiada nilai lain yang boleh mengubah rasa cinta itu....Ini hanya rasa diri ini....

Thursday, August 12, 2010

Back on Track...

Selamat pagi...dh lama tak tulis blog nie...rajin baca blog jer...haha, sebaik free..hahaha. Hidup aku sudah kembali berpijak dibumi yang nyata...sebelum ini ader jer kat bima sakti nie...cuma tak sempat jer nk tulis...padahal..aku penggangur tegar,..wakakaka...Orang lain dh keja,,aku berlumba duk kat umah..so sempena untuk mencari duit poket...aku ader wat biz kecil - kecil hasil tunjuk ajar akak sepupu akul..thanks ar...Ditambah dgn kesungguhan adik ngn mak aku..maka aku tekad untuk memulakan biz ini secara sambilan...giler aper...nk keja wat nie jer...aku suka jer..tp saper plak la nk bayar PTTN aku kang... Pening dh kepala aku memikirkan cara mendapatkan duit dr umah...so.ini lah jln penyelesian nya...hehhehe HOME MADE CHOC..Ini cuma sementara sementara mencari yang lebih baik....Teruskan kehidupan...pandanh kehadapan....yg lalu jadikan kenangan..semoga diri ini tabah mneghadapi semua dugaan yang datang...YA ALLAH..permudahkanlah perjalanan hidup hamba mu ini..AMIN...

Monday, August 2, 2010

Happy Friendship day....

Jiwang sei...dalam hati ader taman der!!!! Berkasih dalam berkawan.. Terima Kasih pada mereka yang sudi berkawan dengan aku selama ini... Menerima buruk aku seadanya dan keburukkan sebagai satu bonus..Ingat senang nk dapat kawan yang sama - sama akan terjun lombong ngn korang kalau korang terjun..Masa kat U dulu, ader budak nie tanya...Nak ker " Kak Wani nie tolong group kiter??" sbb group aku ader problem ngn script....aku cakap...wanie nie member yang sanggup terjun lombong ngn aku...tak caye kiter tengok...hhaha sampai malam wani kerjakan aku nye projek..sbb aku memang ngok bab 2 coding..masa tue dia dh wat master...hahhahaa...korang ader??? aku ader

Dulu masa dip aku ader tebiat buruk, kalo tak dapat makan atau lambat makan ia boleh mengubah proses kehidupan seharian tau...aku suka makan...suka g kedai...tp member bilik suka makan, tp x suka g kedai...ader ker patut?? tp sbb kasih sayang ( padahal dlm hati..hihi ) wei..marah2 aku pun aku beli jer tuk diorang siap hafal menu aper tau...x yah amik order tau...berkat aku rajin g beli makanan...diorang sayang jer ngn aku smp sekarang?? kan ain?? zana?? niesha yan?? hahha Partner aku budak bilik 9..bilik diorang nie kira partner in crime...daliela...ermmm one word..ijau hahah....x ar, dia nie atie lembut,teliti dan aku syng jer kat dia...hahhaha.....nora..partner nk pergi makan KFC, McD, dan atm segera aku ketika sesak..hahah...baizura...chef yg berdedikasi....hihii...itu kehidupan masa dip...dan mereka masih ada dlm idup aku skang.....so, diorang memang kawan aku ar...yg leh ajak terjun lombong...hihihi...

masa sek dulu ader ar dlm 2-3 kerat yg betul2 rapat...dedicated to Fatimah Zainuddin .Dia nie kenal masa umur 13 thn , time tue form 1 dan still ader dlm idup aku...heheh....dia nie paans baran sikit...tp aku x kisah pun, sbb tue di asuka kwn ngn aku kot...dia rajin ajak aku stay up memalam baca buku...aku teman..tp teman ngn mata tertutup...hahhaa...kat teknik...aku rapat ngn bdk kelas..tp lps SPm..lost cntcat yer la..idup bersama cuma setahun setengah jer ...tp yg still ader..pnut, awein, sarah ngn noor...tp sgt jarang jumpa...huhuhu..tp sekarang kan semua dihujung jari....Fb la tmpt jumpa secara maya...masa kat UUM.. rapat ngn bdk2 aras 3..partner in crime...cma,mekda,kak liza, shud, roomate...nie geng masak nie...hahha...layan...kena denda smp rm 400 ...huhu tp tanggung sama2 tau...aku x kena tp bayar gak....peja ngn fiza nie kategori..dh kalis tebal...hahahah...beb gua syng lu orng beb..pastue bdk group multimedai ngn wayang....safiani, aza, arip, eden, macha, mime.nie ar selalu aku wat group projek...hahha...tima kasih ar....

Last skali...andai ader yang terluka dalam perjalanan persahabatan ini...harap dimaafi...percayalah..andai pernah terdapat bunga pergaduhan...antara kita,...itu semua adat dlm persahabatan...yg kekal..setia menemani perjalanan hidup ini yg tanda noktah tidak tahu kunjun bila....TERIMA KAsIH...aku sayang korang wei...

Tuesday, July 13, 2010

Anjakan Paradigma...

Ayat nie mula dengar masa aku sekolah rendah atau awal tingkatan 1. Sebab kengkawan aku debater sekolah dan agak suka dengar pertandingan  natara sekolah sekolah...biar aku tak berbakat mana pun... Korang pun suka aku rase.Tapi penggunaan frosa kata ini memberi satu inspirasi dan pengertian yang baru dalam suatu kehidupan aku.
Kehidupan ini memerlukan anjakan paradigma " mengubah cara yang lama kepada cara yang baru melalui cara approach atau pun teknik - teknik yag pernah digunaka pakai, pandangan umum"- Semua itu diperlukan dlam kehidupan yang mengalami proses. sebagai insan kerdil menumpang kasih dibwah lembayung NYA, pelbagai kesilapan, ketidaksengajaian, kecuaaian yang kiter lalukan, usah risau dan gentar, atupan,putus asa, ini lah peroses kehidupan.,menilai yang baik dari buruknya sesuatu, pasti kesalahan itu dengan adanya kebenaran fahamnya kecuranagan itu dengan kesetiaan yang padu, cuainya manusia kerana wujudnya tanggungjawab....
Aku terus cuba untuk mengubah kehidupan ini kearah yang lebih bermakan..( padal 24/7 fb ) hikhikhik...
Namun tidak salah menggapai awan biar yang dicapai angin lalu....kan??? Jadi, kehidupan harus diteruskan...GAMBATEH !!!!

Thursday, July 1, 2010

Hebat kah mereka???

Saper yang hebat nie?? Saper lagi kalo bukan blogger2 otai nie...Hebat atau tidak mereka...itu semua subjektif...
lain orng lain pandangan... Saper yang otai nie?? Tak lain tak bukan, ariff shah, fida aishah, joegrimjow, zackazukhairi, kak kujie dan sama waktu dengan nya...Nie semua yang aku rajn baca...sampai tak larat nak gali entry2 diorag nie..Banyak sangat, penuh dengan pengetahuan dan pengalaman hidup...Layak ker aku nak cerita tentang diorang..layak atau tidak...itu pun subjektif....ini hanya pandangna dan review bukan entry panas...setelah hampir 2 hingga 3 bulan membaca entry mereka...dan gali entry yang lama2..boleh kot wat review...Diorang x kenal aku x per..janji aku kenal diornag kan??? Bertuah kerana dapat mengenali mereka...

fida aishah = berkisar tentang kehidupan dirinya dalam bentuk penulisan yang puitis...Biarpun berdarah kacukan namun jiwanya penuh dengan kemelayuan..Memartabatkan bahasa melayu sedangkan jejak dirinya di Aussie..TAHNIAH fida...kerana membuat bahasa ibunda seindah dan selembutnya...Kadangkala membuat jiwa ini merasa terharu dan menitis air mata dengan tulisan nya.. Art is her passion...

ariff shah = Gaya penulisan yang cukup kuat..masakkan tidak, mempunyai pandangan tersendiri dalam semua perkara..anak didik moscow tp jitu sungguh darah melayu...mempunya beribu pembaca walaupun cuma seperenggan jer entry..itulah kehebatan ariff shah.Kekuatan tutorialnya satu kelebihan...TAHNIAH ariff shah..

joegrimjow = gaya penulisan yang lebih santai tp terselitnya dengan dunia ilmiah dan keagamaan. Suka bermain dengan komik bergambar, memberi satu kelainan...anak melayu yang berada di Sheffield, United Kingdom...ikon herbalife...punya ribuan pembaca...

zack zukhairi = penulisan yang sangat sempoi..mesti sengih jer kalo baca entri dia nie..suka cakap kedah tp sebernya orng n9..hehhe...suka wat illutrasi pakai lukisan..mmg cun..maner ko blaja ar zack?? hehhe 
ni pun ramai pembaca biarpun kengkadang lama x update blog...sibuk seorang pelajar..hehehe

kak kujie = mula jumpa blog nie,,taksangka rupanya mama blogger...anak dh 3..tp cara penulisan mmg best..kengkadang tiga empat baris jer tulis...tp penuh dengan perasaan dan keikhlasan....dan boleh ngn ngn reader yang kenayakkannya muda belia..

Mesti orang kata..la nie semua mmg yang nue dh tahap otai..mmg la....tp mmg diorang hebat..setuju?? x setuju pun  x per...nie cuma pandangan aku jer... Apa pun teruskan usaha anda..kerana penulisan anda memberi banyak inspirasi kepada semua orang dalam sedar atau tak..anda semua mmg HEBAT...



Lesung pipi Itu...

Kalo fida aishah ade budak baju merah...aku ader lesung pipi..Ahaks!!!. Sedar tak sedar masa berlalu terlalu pantas, tanpa kita sedari..empunya lesung pipi sudah terbang jauh namun kesannya masih ader...Empunya lesung pipi tak pernah tahu dan tak perlu tahu...wujudnya rasa ini tanpa perlu balasan..hanya sekadar pengharapan yang tak bertepi..bukan mengharap pada yang tak sudi...tapi kasih tak terluah dalam kebisuan...

Andai datang bratt pitt pun...ku telah begitu....wah dahsyat sungguh aura lesug pipi...bukan rupa jadi igaun tapi lesung pipi memikat senyuman...keperibadian dalam bertanggungjawag terhadap keluarga..semangat persahabatan yang tinggi...hanya itu yang membuat diri ini menjadi begini.. chewah....

Tapi itu cuma cerita biasa aku...tiada apa yang tersirat..namun andai ader kebaagian,,,aku bersyukur padaNYA..cerita kasih tak bertepi hanya pada aku...bukan pada empunay lesung pipi..Semoga dalam pencarian kasih dan cintanya bertemu bahagia,....AMIN

Tuesday, June 29, 2010

Letaknya sebuah Kejayaan....

Hari nie mood separa okey.Tetiba jer terlintas nak buat enrty ini.. Sebab aku sekarang tengah menilai dimanakah letakanya kejayaan aku. Pada diri ini, setakat hari ini.aku masih belum berjaya walaupun beberpa impian sudah menjadi kenyataan.Suatu ketika dahulu, diri ini berada jauh dari kejayaan..sedangkan rakan seperjuangan meneruskan langkah kejayaan..namun dengan sokongan dari mereka.diri ini berjaya memenuhi impian diri, mengenggam segulung ijazah. 
Bagi aku, ini sebuah kejayaan...tidak perlu berada dikalangan yang yang teratas, cukuplah sekadar berada dikalangan mereka.. Bagi diri ini, letaknya sebuah kejayaan apabila diri ini merasa bahagian dan bersyukur dengan apa yang ada..tidak perlu berada tinggi, cukuplah diri ini dapat membanggakan kedua ibubapa. Membuat rakan seperjuangan tersenyum bangga..Memenuhi impian untuk hidup bahagia.
Bagi mereka yang lain...munkin letaknya sebuah kejayan apabila diri telah mempunyai kemewahan dan kekayaan...mungkin juga apabila berada diatas dan merasakan diri ini berkuasa mengatasi yang lain membuatka kita merasakan kita telah berjaya, menjadi yang terbaik dikalangan terbaik...semua ini hanya andaian atau mungkin juga kenyataan..
Namun dimana juga letaknya sebuah kejayaan..hanya diri ini yang tahu, begitu kalian dan jangan biarkan mereka meletakkan sebuah kejayaan pada diri kalian...tidap perlu tinggi melangit andai nanti jalan diri ini tidak menunduk kebawah...Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita..

Saturday, May 29, 2010

My new SunShine....

Sunshineworld - sinariduniaku
Aku yang baru...
Memulakan satu langkah kehadapan
Berdepan dengna pelbagai kemungkinan
Mampu atau tidak
Tiada penyesalan
Yang ada cuma permulaan...
Kekalahan adalah satu kebangkitan..
Tekadku hanya satu...
Berada di kalangan yang menghargaiku....
Selamat datang diucapkan....
Berkongsi rasa, pendapat pada yang mendengar
Memberi idea pada yang menerima
Itulah aku kini
Satu permulaan
"sunshinemyworld"