Tuesday, September 14, 2010

Kasih jiwa tua itu....

Bersamaan 5 syawal ketika jari jemari ini menulis kata...seperti umat islam yang lain..aku juga menyambut syawal kali ini..dengan penuh kesyukuran dan rahmat...cuma detik syawal kali ini lain rasanya..Diri ini semakin kurang perasaan raya mungkin kerana usia...kalau itu yang jadi tanda tanya...Kepulangan kali ini bezanya kerana disambut oleh rumah yang tersegam indah...indah ukiran dan hiasan memikat jiwa...bukan lagi rumah tua kampung yang sejuk mata memandang..sejuk gigil pagi hingga ke tulang hitam...Runtuhnya impian hati tua seorang insan..rajuk hatinya tiada yang tahu tetapi terbinanya sebuah impian dan harapan seorang anak...Diri ini cuma pemerhati..tiada kata mampu ku lawan kerana sudah lama hilang hak....Aku cuma penumpang jiwa...
Dalam tawa ku lihat tubir mata bergenang....kata mereka...si jiwa tua beruntung punya rumah baru, bertuah badan gayanya...namun jauh terpesok didalam dadanya..jiwanya penuh sedih...itu aku tahu kerana jiwa tua itu terlalu rapuh emosinya kini...Jiwa tua itu hanya memendam rasa tatkala hasil titik peluhnya puluhan tahun jatuh tersemban bumi..ini jadinya bila dia menyerahkan hak pada mereka...Aku bukan kepingan hak memiliki namun cuma mahu bersuara....Jiwa tua itu tiada siapa yang mahu memadang nilai pandangnya..
Jiwa tua ini menangis dalam tawanya...haknya bersuara hilang sekelip mata...hasrat jiwa tua mahu habis riwatnya di rumah jiwa miliknya..namun tidak kesampaian..Kemana harus jiwa tua membawa langkah kaki tatkala rindu datang menjelma..Rumah tuanya sudah tiada.ibarat menumpang teduh ditanah miliknya itu rasa jiwa tua itu......Jiwa tua bersuara dikata kolot pemikiranya...tidak pahamkah naluri mereka andai jiwa milik meraka diambil apa rasa menjelma jiwa? rasa riang tersenyum mesra atau senak hati pedih jiwa jawapanya..Aku punya kasih yang besar untuk jiwa tua ini,tersangat besar sejak kebelakangan ini... kerana dulunya kurang rasa pada jiwa aku.....Tapi kini jiwa ini besar sungguh sayang padanya....
Diri ini cuba menjadi memahami tatkala yang lain menidakkan diri...Bukan diminta dimanja jiwa tua itu cuma mahu difahami dan didengar kata hatinya.....Marahnya bersebab..radangnya ternyata..rajuknya punya rasa..itu jiwa tua...Diri ini cuba memenuhi apa yang ada,kerana kuasa diri amat terhad gayanya...tidak mampu bersuara bukan bisu sebabnya...tapi derhaka jadi lawanya....Aku sayang jiwa tua ini...andai satu masa nanti aku punya kuasa yang lebih..aku mahu jaga jiwa tua ini...ini hasrat aku....kerana satu masa..diri ini juga bakal mengalami rasa ini...kutulis rasa ini..semoga andai masa itu tiba,,aku sedar akan rasanya...apa jiwa tua ini perlunya....
Air mata barat hujan turunya tatkala tekenang jiwa tua ini.....Aku sayang pada jiwa tua.....

1 comments:

Dalee said...

Si muda terlalu rakus dan terlalu sayangkan duniawi sehingga lupa pada yang lebih berhak ke atas haknya...