Friday, August 13, 2010

Tersenyum itu bahagia @ penuh duka?

BAHAGIA...semua hamba ALLAH di muka bumi ini inginkan kebahagian di dunia dan di akhirat..Namun seringkali kita diuji dengan persoalan dan dugaan dalam mengharungi kehidupan ini...Bahagiakah mereka yang tersenyum itu atau terselit 1001 satu kedukaan yang tidak dapat dilihat..Dimanakah terletaknya kebahagian sebuah keluarga, sepasang suami isteri dan individu itu tersendiri...Kata orang..duit tak dapat beli kebahagian..namun duit boleh meruntuhkan kebahagian..itu yang pasti. Diri ini bukan seorang yag memandang kebendaan kerana sudah biasa hidup dalam serba kekurangan. Tapi realitinya, hancurnya sebuah keluarga kerana "DUIT", bercerai kasih bertalak sayang suami dan isteri kerana "DUIT", Bertikam lidah, melontar kata nista antara abang dan adik juga kerana duit, berputus kasih ibu ayah berpisah sayang anak juga kerana duit.Begitu kuat impaknya terhadap kehidupan kita.
Diri ini menjadi takut dengan "DUIT" , terlalu banyak pengorbanan yang diperlukan hanya kerana "DUIT". Namun tanpa nya, diri ibarat makan tak kenyang, mandi x basah. Mereka yang dilimpahi kemewahan tidur nya tak lena kerana memirkirkan cara untuk menambahkan kekayaan, mereka yg x punya apa, lena tidurnya kerana lelah siangnya mencari kemewahan.Kata orang bercinta, diri sanggup meredah onak dan badai, tak perlu kemewahan yang perlu ada cuma cinta, tapi mampukah cinta mengisi perut, membeli pakaian anak2 dan membuat hidup kita bahagia? Gaya nampaknya ibarat diri ini terlalu mementingkan kebendaan, namum percayalah bukan..cuma diri ini berpijak dibumi yang nyata dan realistik. Kenapa perlu pertaruhkan kehidupan akan datang hanya kerana kita yang kononnya percaya cinta itu bahagia.Percaya cinta itu bahagia...
Andai benar cinta itu bahagia, mengapa harus ada cinta yang telah bersemi hampir sedekad lamanya hancur begitu sahaja hanya kerana kemewahan.Andai benar cinta itu bahagia...mengapa semua menjadi persoalanya....Terlalau mengejar kemewahan juga membawa padah, terlalu bergantung atau hanya cinta sahaja mengundang duka.....Namun senyuman masih mengiasi bibir mereka, sedaya upaya kedukan itu dihapus dengan senyuman...Bahagia atau tidak diri ini, hanya empunya diri sahaja yang tahu kerana bahagia dan duka itu terlalu subjektif. Bagi yang sudah biasa dilimpahi kemewahan bahagia itu datangnya dari keluarga yang penuh kasih dan sayang, bukanlah dari kemewahan semata mata. Itu katanya yang kaya. Bagi yang kurang segalanya, bahagia itu andai dapat memenuhi segala keperluan hidup seisi keluarga. tidak perlu berlelah siangnya hanya kerana ingin bahgaia.
Namun..diri ini tidaklah perlu dengan kemewahan yang melampau...cukuplah sekadar memenuhi keperluan hidupan harian, tidak perlu meminjam,bergadai untuk hidup.Biarlah bahagia itu datang bkn dengan kemewahan dan duka itu hadir kerana kemewahan..Diri ini sudah puas hidup dalam keadaan demikian, runsing dan pusing memikirkan ttg kemewahan....Ku harap bahagia itu datang kerana cinta, duka itu hadir keranan sayang, tiada nilai lain yang boleh mengubah rasa cinta itu....Ini hanya rasa diri ini....

0 comments: