Sunday, November 7, 2010

Realiti

Langit ini cerah tatkala langkah kaki mula diatur mengorak langkah kehidupan...Awan putih memayungi diri ini yang lelah dalam keletihan mengharungi hidup ini....Itu kata aku suatu ketika dulu, seolah aku sahaja yang susah dan lelah...Mengeluh pada yang tiada namun lupa pada nikmat kuniaaNYA..Akal yang diberi ini kadangkala dangkal pemikirannya, dalam lautan duniawai ini aku seringkali lemas biarpun bukan dalam lautan..betapa aku khilaf dan alpa dalam menjadi seorang hamba dimuka bumi ini..Aku bukan sudah tebalik akidahnya..namun tatkala terpikir akan dosa dan bodohnya aku dalam menjadi hari demi hari ini membuatkan aku kadangkala marah dengan diri ini...Akal yang dikurniakan pada diri ini....tewas percaturan pada nafsu diri...Mula mengorak langkah menyempurnakan diri yang ibarat sumbang bunyi supaya merdu di akhirnya....
Aku akui dalam perbalahan ini, tersasar juga diri ini...cuba melangkah dengan penuh hati2 tapi lemas dalam nafsu diri...Aku pohan agar diberi kekuatan dalam cuba mengubah diri..aku tidak mahu menjadi sehebat khadijah....kerana aku tahu dimaa letaknya iman ku..cukuplah aku tidak membebankan ayah dan ibu dengan dosa dan salahku sebelum aku diwali akadkan kepada rusuk kirinya jadinya aku...Aku mahu berubah menjadi yang lebih baik kerana aku sedar betapa kurang ilmu akal aku....
Aku tidak mahu andai sewaktu tiba titian yang panjangnya tak terdaya melangkah...aku rebah kebawah ......Aku berdoa agar datangnya akadku, yang dapat membimbingku, mengisiku,menghayati ku penuh dengan penuh ilmu kerana kurangnya aku....

p/s : Andai benar dia jodohku, dekatkan hatinya padaku..AMIN....