Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

None

Masa jari jemari mengetuk keyboard...terbit seribu rasa yang aku sendiri susah nak kata...Malam dingin sejuk beku ini meberi satu perasaan yang amat aneh....Arrgh biarkan saja,,,Bukan itu persoalannya.. persoalannya bila mata bertemu dashboard...banyak entry yang masih belum dipublish...buka sbb privacy bagai, cuma....semuanya siap separuh..Aku sendiri tidak pasti ini tabiat diri atau aku yang seringkali buntu dalam pertengahan perjalanan. Sebenarnya..diri ini yang tidak mahu menghabiskan apa yang ada..bukan malas atau kerja separuh jalan..cuma hilang separuh rasa,..tidak dapat bertemu noktah yang sepatutnya...puas dicari...belum dapat irama senada yang pasti...Jadi tinggal dulu...dan sampai sini...

P/s : cuti sekolah dh mula...dan masa untuk gembira....

Sunday, January 23, 2011

Dalam tak apa - apa...

Hujung minngu yang patutnya di penuhi dengan rehat..telah aku penuhi...Carta kesihatan badan yang tak menentu agak menyumbangkan langkah dan irama yang kadangkala membuat otak dan badan terjunam hingga ke paras paling bawah.Tapi tahap keyakinan yang ada dalam diri telah membuatkan aku bertahan dan semakin dapt "cope" dengan keadaan dan situasi begini. Tapi dalam menyusur langkah tapak kaki ini, seringkali aku berkata " Tak apa". Kalau ikut gaya bahasa dan kata, ibarat aku boleh terima semua. Tidak menjadi masalah. Tapi kalau pada yang negatif pandangnya... aku menjadi manusia yang tidak berperinsip. 
Sejauh mana kebenaran itu...Aku cuba telah dan dalaminya.Aku menjadi manusia yang hampir 80% mengikut keadaan dan situasi.Bukan tidak berprinsip, tapi prinsipnya, jangan kusutkan kan keadaan yang kusut dan berkompromilah sebaik yang boleh. Bukankah punya kawan dan teman yang berprinsip sebegini mengundang bahagia? 
Tapi dalam "tak apa2" itu sebenarnya punya seribu satu cerita. Kecerewatan yang telah tersembunyi dalam gaya bahasa dan perlakuan tanpa disedari sesiapa. Mengapa perlu ditunjuk kelemahan andai kita punya kekuatan? Contohnya, aku tidak suka pada tauchu,kucai, dan asam pedas. Jadi aku ambil langkah pilih makanan yang lain dari yang tersenarai hitam. Tidak payah aku laungkan pada satu dunia ketidaksukaan itu. Itu milik kita, simpan sahaja. Andai tidak suka minum kopi, minum sahaja yang lain seperti sirap dan bandung. Kita punya aneka pilihan dalam kehidupan, mengapa yang tidak terpilih harus dinyatakan sedangkan seribu satu pilihan didepan mata..
Kalau diungkap tentang prinsip, pasti semua manusia ada prinsipnya cuma cara dan gaya persembahanyya berbeza. Tapi beprinsipkah kamu, kiranya semua harus akur pada prinsipmu? Itu tanya aku. Aku seringkali berfikir dan terus berfikir..kenapa manusia harus seringkali menjadi ego sedemikian rupa. Berpegang pada prinsip hidup amat baik, tapi andai mengundang duka, tiada gunanya..tapi itu kata aku.
Manusia bukan dinilai pada tinggi prinsipnya, tapi pada pegangan hidup jiwanya. Sejauh mana keikhlasan manusia tu pada diri sendiri. Aku sendiri sudah tidak tahu apa yang aku repekkan disini. Mungkin suhu badan yang kurang menentu membuatkan gaya tulis aku celaru. Aku sendri tidak tahu.

Keihklasan itu ibarat, sekor semut hitam yang berjalan diatas batu hitam...ringkas, tapi penuh makna bukan?
 

Friday, December 17, 2010

Degil

Degil...terlalu sinonim dengan aku...Perangai yang aku rasa aku bawak smp mati..Cukup susah nk kikis tapi kalau kena cara, degil aku boleh jadi baik..Ibu kata rambut aku pun degil macam aku sebab kalau kusut susah nk sikat...Nampak gaya aku tak degil mana, sbb kalo aku suka...aku ikut ker..Tapi kalo apa yang aku nk tak dapat..masa tue baru nampak degil aku..kekadang ibu pun hangin dgn aku...aku nmpk degil bila aku tak nak compromi dengan sesapa atau pun mahu dengar kata..Dan lagi orang kata TAK kat aku..lagi aku kata YA..
Tapi ader cara nk patah degil aku..Ibu aku pandai jer...Dari dia bertekak2 abis suara dengan aku...mesti ibu kata..buatlah ikut suka..confirm aku x buat apa yang aku kata..sbb aku mmg x bleh bila orang ckp mcm nie dengan aku..Tapi degil2 aku..aku senang giler nk wat drama sebabak malaysia.Kalo aku sakit atie,geram dan marah yg melampau2..aku mesti nangis kaw2..tapi aku takkan ckp apa pun masa aku buat aksi nie..sbb aku cuma nk nangis jer..Tak caya tny ibu aku...hahahah 
Walaupun aku degil, gelak gaya macam tak cukup hari..tapi kalo aku sedih...kalah artis drama air mata tau...Aku kalo kena marah senang jer nk nangis..hahaha...Tapi degil aku juga tgk pada orng dan tempat..aku bukan degil buta tuli...Yang pasti aku mmg degil...
p/s Aku pun tak tau asal aku tulis entry nie...