Monday, March 28, 2011

Siapa itu Kawan dan Sahabat...

Kata orang. sahabat atau  kawan itu ialah orang yang berkongsi suka dan duka...Tapi bagi aku..tidak perlu berkongsi duka.tapi tahu bila temanya berduka atau kecewa...Itu bagi aku..Tidak perlu pertemuan seminggu sekali untuk tahu dalam eratnya ikatan itu, tapi perlunya tahu keadaanya teman walau terpisah ribuan batu...Tidak perlu berkongsi suka..kerana sentiasa mendoaka kebahagian teman...Tidak perlu panggilan telefon berjam2  tapi cukup hanya dengan sms sekali sekali...Tapi teman itu akan hadir dikala hari bahagia tanpa perlu dipakasa atau dipujuk rayu, teman itu akan berfikir akan akan hari mendatang seorang teman, teman itu dikala susah dibantu tanpa disuarakan, teman itu akan bangun memperjuaangkan haknya bila perlu tanpa dipinta..itu teman bagi aku...tidak perlu berkongsi segala...tapi dapat memiahami segalanya....Tidak persoalakan tindakan teman..namun sokongan padu diberikan biarpun seribu satu persoalan yang bermain..
Percayalah...itu bagi aku..kerana ku punya mereka yang begitu..jauh tertanam beribu batu didalam hati...Kata orang masa bukan ukuran..itu sudah pasti tapi..dengan masa semua menjadi sebati biar kurang rasa pada awalnya...Jika kamu perlukan teman hanya pada kesusahan...undurkan diri mu dengan segera...kerana kamu hanya menjadi beban mereka..itu kata aku...

Takdir..

Manusia itu  mahu tidak mahu, jalan hidupnya sudah ditentukan...namun itu bukan alasan untuk tidak berusaha..setiap usaha ada ganjaranya...Qada dan qadar pegangan hidup kita...Petemuan dan perpisahan itu pastinya terjadinya dengan penuh seribu satu hikmah yang kita sendiri kadangkala lupa dan alpa..Andai satu masa dulu, dia segalanya...tapi segalanya mungkin bertukar dengan sekelip mata..kerana kita hanya merancang...tapi ALLAH yang menentukan..
Jika yang diimpikan itu tidak menjadi kenyataan, usah ditangis atau dibenci pada yang bukan rezeki...lapang dada buka fikiran hati dan akal..doakan agar semua bahagia dunia dan akhirat.. mengapa perlu diungkit kisah lukadan kata nista pada hari bahagia mereka. Siapa kita untuk mempertikaikan segalanya? Kata orang, kalau itu mainan syaitan...jadi tenangkan hati..lepaskan lelah atau perit dihati..percayalah pasti ada seseorang yang lebih baik sedang menunggu untuk menjadi rusuk kiri mu atau atau..pastinya tuan rusuk itu dalam pencarian yang tiada henti..Berdoalah padaNYA agar dipercepatkan pertemuaan biar diri ini semakin tenang dan jiwa semakin tenteram...itu juga pesanan buat diri ini...

p/s - manusia hidupnya harus punya perasaan agar tahu menghargai apa yang ada disekelilingnya...itu rasa diri ini....

Dalam ketidaksabaran itu...

Manusia punya tahap sabar yang berbeza bergantung sejauh mana tebalnya iman seseorang. Kerana sabar itu separuh dari iman. Aku manusia yang punya keimanan senipis bawang  dengan kerdil mengaku.Dalam mencari erti kehidupan aku berusah untuk tambah nilai imanku. Menjadi bekalan di dunia sana. Secara dasar dan nyatanya...aku mudah marah dan seringkali hilang sabar terhadap sesuatu biarpun ianya tidak logik. Namun amarah itu cuma sementara tapi seringkali terjadi. Orang diluar pasti melihat aku manusia yang bengis dan suka seringkali hilang pertimbangan tanpa kira rasa.
Tapi dalam ketidaksabaran itu, aku akan menjadi paling sabar tika semua yang berada disekeliling aku telah hilang sabarnya. Bukan berlagak untuk menjadi hero, tapi itulah nyatanya. Dimana seharusnya ketidaksabaran aku meletus, aku menjadi yang paling bersabar dan meredakan keadaan. Pelik, tapi itulah yang nyata. Setiap kejadianNYA punya kebaikkan dan keburukkan, yang buruknya dari diri aku dan baiknya dari Allah.

Saturday, March 12, 2011

None

Masa jari jemari mengetuk keyboard...terbit seribu rasa yang aku sendiri susah nak kata...Malam dingin sejuk beku ini meberi satu perasaan yang amat aneh....Arrgh biarkan saja,,,Bukan itu persoalannya.. persoalannya bila mata bertemu dashboard...banyak entry yang masih belum dipublish...buka sbb privacy bagai, cuma....semuanya siap separuh..Aku sendiri tidak pasti ini tabiat diri atau aku yang seringkali buntu dalam pertengahan perjalanan. Sebenarnya..diri ini yang tidak mahu menghabiskan apa yang ada..bukan malas atau kerja separuh jalan..cuma hilang separuh rasa,..tidak dapat bertemu noktah yang sepatutnya...puas dicari...belum dapat irama senada yang pasti...Jadi tinggal dulu...dan sampai sini...

P/s : cuti sekolah dh mula...dan masa untuk gembira....

Friday, February 25, 2011

Keliru...

Lama sungguh jari di jemari kasar  aku tidak menulis tinta kata di kamar ini. Bukan aku sibuk mengalahkan menteri cuma aku sendiri belum dapat menyesesuaikan keaadan diri dengna momentum yang sedang menuju laju. Alhamdulilah dengan momentum yang ada ini aku mampu meneruskan kehidupan ini. Biarpun aku penat lelah..namun aku punya kepuasan yang rasa gembira yang sukar diungkap. Aku masih berpeluang mencari rezeki di dunia tuhan yang luas ini. Masih diberi peluang untuk membalas jasa ibu dan ayah ....Seribu kesyukuran aku panjatkan...
Namun dalam meniti arus kehidupan ini, seharusnya melalui frasa yang seterusnya..menjadi lebih bahagia...Aku menjadi semakin keliru dan kusut dengan soalan yang aku sendiri tidak punya jawapanya... Andai aku bisa nokhtahkan segala persoalan mereka...pasti sudah akan aku lakukan...Tapi, jawapan pada persoalan itu datangnya dengan jodoh, takdir dan rezeki dari ILLAHI...siapa aku untuk mempersoalkannya..... Andai aku punya kekuatan untuk membalas segala persoalan itu.....
Andai kamu sudah ketemu bahagia diri, mengapa perlu dipersoalkan bahagia orang...Andai kamu sudah jumpa kasih hati jantung sayang...jangan di tanya pada yang tiada....Hulurkan doa tanda restu..moga diri ketemu sayang sejati..bukan bertanya sampai empunya diri rasa meluat geram memendam rasa.....

 

Sunday, January 23, 2011

Dalam tak apa - apa...

Hujung minngu yang patutnya di penuhi dengan rehat..telah aku penuhi...Carta kesihatan badan yang tak menentu agak menyumbangkan langkah dan irama yang kadangkala membuat otak dan badan terjunam hingga ke paras paling bawah.Tapi tahap keyakinan yang ada dalam diri telah membuatkan aku bertahan dan semakin dapt "cope" dengan keadaan dan situasi begini. Tapi dalam menyusur langkah tapak kaki ini, seringkali aku berkata " Tak apa". Kalau ikut gaya bahasa dan kata, ibarat aku boleh terima semua. Tidak menjadi masalah. Tapi kalau pada yang negatif pandangnya... aku menjadi manusia yang tidak berperinsip. 
Sejauh mana kebenaran itu...Aku cuba telah dan dalaminya.Aku menjadi manusia yang hampir 80% mengikut keadaan dan situasi.Bukan tidak berprinsip, tapi prinsipnya, jangan kusutkan kan keadaan yang kusut dan berkompromilah sebaik yang boleh. Bukankah punya kawan dan teman yang berprinsip sebegini mengundang bahagia? 
Tapi dalam "tak apa2" itu sebenarnya punya seribu satu cerita. Kecerewatan yang telah tersembunyi dalam gaya bahasa dan perlakuan tanpa disedari sesiapa. Mengapa perlu ditunjuk kelemahan andai kita punya kekuatan? Contohnya, aku tidak suka pada tauchu,kucai, dan asam pedas. Jadi aku ambil langkah pilih makanan yang lain dari yang tersenarai hitam. Tidak payah aku laungkan pada satu dunia ketidaksukaan itu. Itu milik kita, simpan sahaja. Andai tidak suka minum kopi, minum sahaja yang lain seperti sirap dan bandung. Kita punya aneka pilihan dalam kehidupan, mengapa yang tidak terpilih harus dinyatakan sedangkan seribu satu pilihan didepan mata..
Kalau diungkap tentang prinsip, pasti semua manusia ada prinsipnya cuma cara dan gaya persembahanyya berbeza. Tapi beprinsipkah kamu, kiranya semua harus akur pada prinsipmu? Itu tanya aku. Aku seringkali berfikir dan terus berfikir..kenapa manusia harus seringkali menjadi ego sedemikian rupa. Berpegang pada prinsip hidup amat baik, tapi andai mengundang duka, tiada gunanya..tapi itu kata aku.
Manusia bukan dinilai pada tinggi prinsipnya, tapi pada pegangan hidup jiwanya. Sejauh mana keikhlasan manusia tu pada diri sendiri. Aku sendiri sudah tidak tahu apa yang aku repekkan disini. Mungkin suhu badan yang kurang menentu membuatkan gaya tulis aku celaru. Aku sendri tidak tahu.

Keihklasan itu ibarat, sekor semut hitam yang berjalan diatas batu hitam...ringkas, tapi penuh makna bukan?
 

Saturday, January 22, 2011

Kebenaran...

Manusia hidup berlandaskan kebenaran..Itu kata orang. Tapi bagi aku kebenaran itu subjektif. Punya nilai julat yang berbeza pada tempat, masa dan keadaan. Bukan ini bermaksud aku suka tipu atau ditipu ..tapi itu hakikatnya realiti kehidupan. Ada insan, yang sukar sekali menceritakan kebenaran, atau berlindung di bawah sesuatu keadaan. Tidak meceritakan sesuatu mungkin kerana kebenaran itu menyakitkan atau perlu menjaga atau melindungi sesuatu yang diamanahkan. Tapi bagi aku, semua itu hanyalah alasan bukan? Benar atau tidak, hanya tuan empunya sahaja yang pasti. Namun, tegarkah anda manusia membuai harapan dan kasih mereka yang ada, semata demi kepuasan diri sendiri. Selama ini berpaksikan khayalan atau cuma ilusi . 
Memberi mereka erti dalam pencarian kamu sebagai insan, menyusuri tapak lemah kamu mengharungi kehidupan...dan tanpa ada rasa...akhirnya kamu mengaku itu bukan kamu? Ianya sekadar permainan tinta, yang dirimu rasa adalah satu kepuasan? Jika benar ingin berselindung, usah singkap nyata siapa kamu. Teruskan alter_ego itu tanpa perlu diugkai segalanya. Bukankah itu lebih selesa dalam menjadi nyata.Teruskan hidupmu itu dengan apa yang kamu punya. Andai mereka punya persoalan, katakan yang benar atau..usah dibuai mereka dengan khayalan semata. Aku bukan perlukan kata- kata manis sebagai penyejuk jiwa, tapi seringkali kata itu diungkap namun hasil dan nyatanya berbeza. Permainan apakah yang cuba disampaikan. Degilnya aku menghormati sesorang itu tanpa kira siapa apa keturunananya...tapi dalamnya degil juga pada manusia yang mencambah rasa kurang ini di dalam jiwa...sehingga membuat aku menjadi semakin hilang rasa terhadap apa yang kamu ucapkan..