Wednesday, December 29, 2010

Jatuh menjunam...

Hidup ini kalau tidap pernah jatuh..memang hebat tuan punya diri sebab mampu imbangkan diri dalam setiap langkah perjalanan. Aku bukan sahaja pernah jatuh..tapi hari ini rasa macam terhempas dari tingkat 100 pun ada gayanya. Rasa sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar . Tapi kalau aku ukur dengan luka ada gaya macam kena lenyek dengan lori 8 tan gayanya.

Sumpah aku rasa macam tak mampu nak tanggung rasa sakit kali ini. Jatuh dah terlalu sinonim dengan gaya langkah perjalanan yang aku atur. Kerana aku memang manusia yang amat kurang segalanya ditambah cemerkap aku yang kadangkala mengundang bahana. Bukan aku tidak sedar atau paham akibatnya, cuma aku sendiri tak boleh nak ubah gaya langkah ini. Betulah kata orang tua - tua, melentur buluh biar dari rebungnya, cuma aku bukan lagi kategori buluh, tapi dah buluh buat lemang gayanya.

Jatuh menjunam kali ini betul - betul meninggalkan kesan yang amat mendalam kerana aku sendiri sudah tidak mampu untuk sedapkan hati sendiri. Kata orang aku negative thinking, tapi sebenarnya aku sendiri sudah terbiasa meramal kejadian paling buruk sebelum kejayaan mendatang. Aku rela jatuh sendiri dari ditolak orang jatuh menjunam macam hari ini. Sampai masa jari ini menaip, kelajuan aku menjunam dari 80 km/sejam kepada 15 km/sejam.Memang aku betul - betul rasa menjunam yang amat sangat. Kalau diukur self esteem aku dengan pembaris, 10 cm belum tentu sampai. Memang parah rasa kali ini.Menjunam habis semua semangat yang ada sampai aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku buat.

Jatuh menjunam kali ini memang buat aku ilang semua rasa yang ada buat masa ini. Reseptor saraf aku dan emosi seakan terkunci. Yang tinggal cuma kemarahan yang meluap - luap sampai aku sendiri dimana patut aku curahkan. Andai aku curahkan, pastinya empang banjir, tanpa dapat aku tahan. Lagi runtuh tembok sekeling aku kalau gaya aku sampai macam nie sekali. Dalam dada, ada 8 tan lori, rasa berat, sebu, sebal dan yang sama waktu dengannya.

p/s : aku tulis ketika tahap termometer jatuh aku berada diparas negative.