Friday, December 17, 2010

Aku jawab secara kira logik nyata dimana relevennya belanja kawin mahal.

Lewat semalam aku baru pulang dari kenduri kawin..undangan teman ibu aku penuhi kerana ibu punya agenda lain....Sewaktu pertama kaki melangkah.Wah,sungguh meriahnya..khemahnya saja hampir penuh satu lorong jalan...sepuluh jika tidak salah perkiraan aku...Ini bukan gaya makan orang kaya..cuma sama seperti biasa tapi lebih meriah kerana ramai orangnya..Makanan yang dihidangkan juga seperti biasa..tiada yang lain dr istimewa..makan kenduri la katakan...ayam goreng berempah, daging kicap, nenas kari dan ada buah serta kuih jadi sampingannya...Itu semua biasa kita dapat di makan kawin kenduri rasannya...
Ikut gaya mereka seperti berlebihan gayanya...tapi percayalah tuan rumah cuma mahu tiada siapa yang rasa kurang selesa..rumahnya terletak ditaman perumahan bekembar..maksud ku....teres bertingkat yang bersebelahan dengan perumahan tinggi meninggi ( flat) pasti ramai kenalan yang hadir ditambah dengan kenalah ahli keluarga..bagiku cukup sempurna dan serderhana...diiringi kumpulan acapella sebagai peneman setia..
Langkah kaki aku atur pulang setelah menunaikan niat perut dan rasa hati untuk melihat pengantin...sambil rehat badan santaikan diri...tak dapat tidak, perbincangan mengenai pengantin muncul dibibir diri. Percaya tidak...perkhawinan yg bukan ala2 garden itu mencecah hampir berbelas ribu...Bukan pada deco yang sia - sia tetapi pada isi perut tetamu yang istimewa..Semua perlu sempurna walaupun sekadar makanan perkhawinan biasa..
Jadi usah mengeluh resah andai teman sehidup semati anda minta belanja mahal..Kalau tidak cukup, tunggu sampai cukup..tak perlu timbul isu jual anak atau pun apa...Kalau sudah mampu..langsungkan sahaja....tapi kali tidak mampu tapi mahu..nikah sahaja..tanpa perlu perkhawinan idaman..kan abis cerita???.
Kenapa perlu membuka semua aib manusia hanya kerana nafsu akalmu tidak dapat dipenuhi.Kalau betul kasih sejati, katanya sanggup meredah lautan api, takkan belanja kawin mahal jadi penghalang diri???