Friday, January 14, 2011

Paksi dibumi nyata

Akhirnya...hidup aku sudah punya paksinya buat detik ini. Seribu kesyukuran aku panjatkan diatas rezeki yang telah diberikan olehNYA.. Tapi ia mengubah corak hidup yg kadangkala membuatkan aku sendiri ilang akal dgn apa yg terjadi. Aku semakin sukar mengenal diri sendiri. Semakin keliru, sasau, resah seolah - olah telah ilang punca diri sendiri. Kusut seupama tenggelam di dunia yg seolah semakin sukar utk aku sendiri fikirkan.

Wednesday, December 29, 2010

Jatuh menjunam...

Hidup ini kalau tidap pernah jatuh..memang hebat tuan punya diri sebab mampu imbangkan diri dalam setiap langkah perjalanan. Aku bukan sahaja pernah jatuh..tapi hari ini rasa macam terhempas dari tingkat 100 pun ada gayanya. Rasa sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar . Tapi kalau aku ukur dengan luka ada gaya macam kena lenyek dengan lori 8 tan gayanya.

Sumpah aku rasa macam tak mampu nak tanggung rasa sakit kali ini. Jatuh dah terlalu sinonim dengan gaya langkah perjalanan yang aku atur. Kerana aku memang manusia yang amat kurang segalanya ditambah cemerkap aku yang kadangkala mengundang bahana. Bukan aku tidak sedar atau paham akibatnya, cuma aku sendiri tak boleh nak ubah gaya langkah ini. Betulah kata orang tua - tua, melentur buluh biar dari rebungnya, cuma aku bukan lagi kategori buluh, tapi dah buluh buat lemang gayanya.

Jatuh menjunam kali ini betul - betul meninggalkan kesan yang amat mendalam kerana aku sendiri sudah tidak mampu untuk sedapkan hati sendiri. Kata orang aku negative thinking, tapi sebenarnya aku sendiri sudah terbiasa meramal kejadian paling buruk sebelum kejayaan mendatang. Aku rela jatuh sendiri dari ditolak orang jatuh menjunam macam hari ini. Sampai masa jari ini menaip, kelajuan aku menjunam dari 80 km/sejam kepada 15 km/sejam.Memang aku betul - betul rasa menjunam yang amat sangat. Kalau diukur self esteem aku dengan pembaris, 10 cm belum tentu sampai. Memang parah rasa kali ini.Menjunam habis semua semangat yang ada sampai aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku buat.

Jatuh menjunam kali ini memang buat aku ilang semua rasa yang ada buat masa ini. Reseptor saraf aku dan emosi seakan terkunci. Yang tinggal cuma kemarahan yang meluap - luap sampai aku sendiri dimana patut aku curahkan. Andai aku curahkan, pastinya empang banjir, tanpa dapat aku tahan. Lagi runtuh tembok sekeling aku kalau gaya aku sampai macam nie sekali. Dalam dada, ada 8 tan lori, rasa berat, sebu, sebal dan yang sama waktu dengannya.

p/s : aku tulis ketika tahap termometer jatuh aku berada diparas negative.




Friday, December 17, 2010

Degil

Degil...terlalu sinonim dengan aku...Perangai yang aku rasa aku bawak smp mati..Cukup susah nk kikis tapi kalau kena cara, degil aku boleh jadi baik..Ibu kata rambut aku pun degil macam aku sebab kalau kusut susah nk sikat...Nampak gaya aku tak degil mana, sbb kalo aku suka...aku ikut ker..Tapi kalo apa yang aku nk tak dapat..masa tue baru nampak degil aku..kekadang ibu pun hangin dgn aku...aku nmpk degil bila aku tak nak compromi dengan sesapa atau pun mahu dengar kata..Dan lagi orang kata TAK kat aku..lagi aku kata YA..
Tapi ader cara nk patah degil aku..Ibu aku pandai jer...Dari dia bertekak2 abis suara dengan aku...mesti ibu kata..buatlah ikut suka..confirm aku x buat apa yang aku kata..sbb aku mmg x bleh bila orang ckp mcm nie dengan aku..Tapi degil2 aku..aku senang giler nk wat drama sebabak malaysia.Kalo aku sakit atie,geram dan marah yg melampau2..aku mesti nangis kaw2..tapi aku takkan ckp apa pun masa aku buat aksi nie..sbb aku cuma nk nangis jer..Tak caya tny ibu aku...hahahah 
Walaupun aku degil, gelak gaya macam tak cukup hari..tapi kalo aku sedih...kalah artis drama air mata tau...Aku kalo kena marah senang jer nk nangis..hahaha...Tapi degil aku juga tgk pada orng dan tempat..aku bukan degil buta tuli...Yang pasti aku mmg degil...
p/s Aku pun tak tau asal aku tulis entry nie...

Aku jawab secara kira logik nyata dimana relevennya belanja kawin mahal.

Lewat semalam aku baru pulang dari kenduri kawin..undangan teman ibu aku penuhi kerana ibu punya agenda lain....Sewaktu pertama kaki melangkah.Wah,sungguh meriahnya..khemahnya saja hampir penuh satu lorong jalan...sepuluh jika tidak salah perkiraan aku...Ini bukan gaya makan orang kaya..cuma sama seperti biasa tapi lebih meriah kerana ramai orangnya..Makanan yang dihidangkan juga seperti biasa..tiada yang lain dr istimewa..makan kenduri la katakan...ayam goreng berempah, daging kicap, nenas kari dan ada buah serta kuih jadi sampingannya...Itu semua biasa kita dapat di makan kawin kenduri rasannya...
Ikut gaya mereka seperti berlebihan gayanya...tapi percayalah tuan rumah cuma mahu tiada siapa yang rasa kurang selesa..rumahnya terletak ditaman perumahan bekembar..maksud ku....teres bertingkat yang bersebelahan dengan perumahan tinggi meninggi ( flat) pasti ramai kenalan yang hadir ditambah dengan kenalah ahli keluarga..bagiku cukup sempurna dan serderhana...diiringi kumpulan acapella sebagai peneman setia..
Langkah kaki aku atur pulang setelah menunaikan niat perut dan rasa hati untuk melihat pengantin...sambil rehat badan santaikan diri...tak dapat tidak, perbincangan mengenai pengantin muncul dibibir diri. Percaya tidak...perkhawinan yg bukan ala2 garden itu mencecah hampir berbelas ribu...Bukan pada deco yang sia - sia tetapi pada isi perut tetamu yang istimewa..Semua perlu sempurna walaupun sekadar makanan perkhawinan biasa..
Jadi usah mengeluh resah andai teman sehidup semati anda minta belanja mahal..Kalau tidak cukup, tunggu sampai cukup..tak perlu timbul isu jual anak atau pun apa...Kalau sudah mampu..langsungkan sahaja....tapi kali tidak mampu tapi mahu..nikah sahaja..tanpa perlu perkhawinan idaman..kan abis cerita???.
Kenapa perlu membuka semua aib manusia hanya kerana nafsu akalmu tidak dapat dipenuhi.Kalau betul kasih sejati, katanya sanggup meredah lautan api, takkan belanja kawin mahal jadi penghalang diri???

Ragam manusia

Percaya tidak, aku dah jadi penggangur tegar kembali dan berada dalam state " job hunting" ..Masa yang terlalu banyak membuatkan kemalasan aku menjadi semakin menjadi - jadi untuk menulis..Tapi aku bukan tuli buta..aku perhati dan memerhati..apa yang nampak dan apa yang tidak...melalui tinta tulis tak banyak sikit dah tau gaya perangai manusia...Uniknya manusia ini keran terciptanya dari tanah...punya rasa dan perasaan dan satu - satunya ciptaanNYA yang dikurniakan akal...Untuk timbang tara mana yang buruk mana yang bukan...
Tapi yang paling uniknya ragam manusia ini...terlalu banyak dan sukar diungkaikan dalam kata atau buku...Terlalu banyak yang ada sampai tidak ketahuan jadinya...Bukan kerana diri baik sangat jadinya...cuma aku kadangkala seronok melihat ragam mereka....
Manusia itu mudah lupa karekternya....jika sudah berada ditahap selesa..nyaman udara...seindah kata mengeluarkan kata..seolah - olah anda sahaja punya jiwa dan teguhnya...Andai tidak suka...jangan dipandang dan usah dikerling ...beredar sajaha ibarat angin lalu....ibarat mencurah air ke daun keladi.Tiada yang tinrgal tiada yang kesal..Andai belum sampai tahapnya..jangan dianggap yang lain buruk kerena sombongnya..itu hal mereka..mata dan rasa milik mereka...andai mereka mahu pasti datang kembali...Itu kata aku...kata nagi mata yg selalu memandang dari membalas tinta....

Sunday, November 7, 2010

Mereka...

Barada di posisi ini kadangkala meletihkan minda...namun hasilnya bisa membuatkan aku jadi lupa pada letih resahnya...Aku belum punya kelayakan n untuk berkata..tapi ini kata ku yang amat amateur pada mata dunia...
Satu ketika dahulu..aku berada dimeja duduk menghadap papan hijau yang penuh kata ilmu..Namun pada lewat pagi hari dengan sisa lena yang belum hilang..aku sekadar membuka mata supaya jiwa didepan yang penuh rasa itu tidak sedar akan lena yang bersisa dimata. Tapi dalam lena yang masih bersisa aku masih punya jiwa dan rasa untuk menghadam semua kata di papan hijau..Cuma kadangkala terlepas juga barang semuka dua kerana aku kan budak nakal namanya..(tersenyum sendirian).Sejauh mana waktu itu berlalu dengan amat membosankan aku cuba penuhi akan rasanya..kerana takut jiwa itu yang berada dihadapan papan hijau itu tunjuk amarahnya.Itu aku suatu ketika dahulu yang penuh dengan rasa tapi masih tinggi rasa hormatnya.
Kini aku berada di posisi yang amat bertentangan jadinya..Aku sendiri kurang sangka..tapi dalam perlahan aku jatuh cinta pada posisi ini.Tekadku untuk mengubah nasib anak bangsa menjadi membara biar tidak kelihatan apinya.Meraka masa kini,datangnya ke gudang ilmu ini  lain benar akan rasanya.Datangnya seolah sekadar memenuhi ruang gudang ilmu bukan punya rasa pada gudang ilmu ini...Jiwa yang berada di papan hijau ini, sedaya upaya memenuhi akan tanggungjawabnya...bukan mengharap paham setiap masa namun kadangkala tercabar ego dan rasanya...Mereka yang berada dibelakang meja...punya cerita sendiri, berkata suka seolah2 tiada nilainya pada jiwa di hadapan papan hijau itu....Kalau tidak mahu menambah rasa janganlah sampai kurang hormatnya pada jiwa itu...Datangnya ke gudang ilmu ini bukan berbekalkan senjata ilmu,,tapi siap dihiasi rasa yang kurang ajar dan bangang jadinya....Lembaran ilmu jarang nampak diatas meja...yanhgada cuma lembaran contengan sejak awal tahun lamanya..yang entah bila kurunnya..
Bila ditegur akan lakunya,jiwa itu yang menerima padahnya...Tercabar mereka..kononya anak sayang buah kepayanya tidak salah...yang salah cuma jiwa itu..tapi sedarlah anak kecil yang kamu sangka semut pun tidak mati dipijaknya..belakangmu..harimau gajah mampu disepaknya..Sudah bodoh dan bangang akan akalnya kurang hormat penambah perasa...meraka masih belum sedar..tapi kalau bodoh boleh pandai jadinya..tapi kalau kurang rasa hormat...sampai mati bawa padahnya....Aku juga pernah seperti itu..cuma bezanya, aku amat hormat pada jiwa itu biar aku kurang paham akan apa katany pada papan hijau itu...Mereka masih belum sedar dan seringkali jiwa itu yang menerima akan salahnya....Aku jadi kurang paham akan mereka..Sampai bila mereka mahu seperti ini.....




Realiti

Langit ini cerah tatkala langkah kaki mula diatur mengorak langkah kehidupan...Awan putih memayungi diri ini yang lelah dalam keletihan mengharungi hidup ini....Itu kata aku suatu ketika dulu, seolah aku sahaja yang susah dan lelah...Mengeluh pada yang tiada namun lupa pada nikmat kuniaaNYA..Akal yang diberi ini kadangkala dangkal pemikirannya, dalam lautan duniawai ini aku seringkali lemas biarpun bukan dalam lautan..betapa aku khilaf dan alpa dalam menjadi seorang hamba dimuka bumi ini..Aku bukan sudah tebalik akidahnya..namun tatkala terpikir akan dosa dan bodohnya aku dalam menjadi hari demi hari ini membuatkan aku kadangkala marah dengan diri ini...Akal yang dikurniakan pada diri ini....tewas percaturan pada nafsu diri...Mula mengorak langkah menyempurnakan diri yang ibarat sumbang bunyi supaya merdu di akhirnya....
Aku akui dalam perbalahan ini, tersasar juga diri ini...cuba melangkah dengan penuh hati2 tapi lemas dalam nafsu diri...Aku pohan agar diberi kekuatan dalam cuba mengubah diri..aku tidak mahu menjadi sehebat khadijah....kerana aku tahu dimaa letaknya iman ku..cukuplah aku tidak membebankan ayah dan ibu dengan dosa dan salahku sebelum aku diwali akadkan kepada rusuk kirinya jadinya aku...Aku mahu berubah menjadi yang lebih baik kerana aku sedar betapa kurang ilmu akal aku....
Aku tidak mahu andai sewaktu tiba titian yang panjangnya tak terdaya melangkah...aku rebah kebawah ......Aku berdoa agar datangnya akadku, yang dapat membimbingku, mengisiku,menghayati ku penuh dengan penuh ilmu kerana kurangnya aku....

p/s : Andai benar dia jodohku, dekatkan hatinya padaku..AMIN....