Sunday, November 7, 2010

Mereka...

Barada di posisi ini kadangkala meletihkan minda...namun hasilnya bisa membuatkan aku jadi lupa pada letih resahnya...Aku belum punya kelayakan n untuk berkata..tapi ini kata ku yang amat amateur pada mata dunia...
Satu ketika dahulu..aku berada dimeja duduk menghadap papan hijau yang penuh kata ilmu..Namun pada lewat pagi hari dengan sisa lena yang belum hilang..aku sekadar membuka mata supaya jiwa didepan yang penuh rasa itu tidak sedar akan lena yang bersisa dimata. Tapi dalam lena yang masih bersisa aku masih punya jiwa dan rasa untuk menghadam semua kata di papan hijau..Cuma kadangkala terlepas juga barang semuka dua kerana aku kan budak nakal namanya..(tersenyum sendirian).Sejauh mana waktu itu berlalu dengan amat membosankan aku cuba penuhi akan rasanya..kerana takut jiwa itu yang berada dihadapan papan hijau itu tunjuk amarahnya.Itu aku suatu ketika dahulu yang penuh dengan rasa tapi masih tinggi rasa hormatnya.
Kini aku berada di posisi yang amat bertentangan jadinya..Aku sendiri kurang sangka..tapi dalam perlahan aku jatuh cinta pada posisi ini.Tekadku untuk mengubah nasib anak bangsa menjadi membara biar tidak kelihatan apinya.Meraka masa kini,datangnya ke gudang ilmu ini  lain benar akan rasanya.Datangnya seolah sekadar memenuhi ruang gudang ilmu bukan punya rasa pada gudang ilmu ini...Jiwa yang berada di papan hijau ini, sedaya upaya memenuhi akan tanggungjawabnya...bukan mengharap paham setiap masa namun kadangkala tercabar ego dan rasanya...Mereka yang berada dibelakang meja...punya cerita sendiri, berkata suka seolah2 tiada nilainya pada jiwa di hadapan papan hijau itu....Kalau tidak mahu menambah rasa janganlah sampai kurang hormatnya pada jiwa itu...Datangnya ke gudang ilmu ini bukan berbekalkan senjata ilmu,,tapi siap dihiasi rasa yang kurang ajar dan bangang jadinya....Lembaran ilmu jarang nampak diatas meja...yanhgada cuma lembaran contengan sejak awal tahun lamanya..yang entah bila kurunnya..
Bila ditegur akan lakunya,jiwa itu yang menerima padahnya...Tercabar mereka..kononya anak sayang buah kepayanya tidak salah...yang salah cuma jiwa itu..tapi sedarlah anak kecil yang kamu sangka semut pun tidak mati dipijaknya..belakangmu..harimau gajah mampu disepaknya..Sudah bodoh dan bangang akan akalnya kurang hormat penambah perasa...meraka masih belum sedar..tapi kalau bodoh boleh pandai jadinya..tapi kalau kurang rasa hormat...sampai mati bawa padahnya....Aku juga pernah seperti itu..cuma bezanya, aku amat hormat pada jiwa itu biar aku kurang paham akan apa katany pada papan hijau itu...Mereka masih belum sedar dan seringkali jiwa itu yang menerima akan salahnya....Aku jadi kurang paham akan mereka..Sampai bila mereka mahu seperti ini.....




Realiti

Langit ini cerah tatkala langkah kaki mula diatur mengorak langkah kehidupan...Awan putih memayungi diri ini yang lelah dalam keletihan mengharungi hidup ini....Itu kata aku suatu ketika dulu, seolah aku sahaja yang susah dan lelah...Mengeluh pada yang tiada namun lupa pada nikmat kuniaaNYA..Akal yang diberi ini kadangkala dangkal pemikirannya, dalam lautan duniawai ini aku seringkali lemas biarpun bukan dalam lautan..betapa aku khilaf dan alpa dalam menjadi seorang hamba dimuka bumi ini..Aku bukan sudah tebalik akidahnya..namun tatkala terpikir akan dosa dan bodohnya aku dalam menjadi hari demi hari ini membuatkan aku kadangkala marah dengan diri ini...Akal yang dikurniakan pada diri ini....tewas percaturan pada nafsu diri...Mula mengorak langkah menyempurnakan diri yang ibarat sumbang bunyi supaya merdu di akhirnya....
Aku akui dalam perbalahan ini, tersasar juga diri ini...cuba melangkah dengan penuh hati2 tapi lemas dalam nafsu diri...Aku pohan agar diberi kekuatan dalam cuba mengubah diri..aku tidak mahu menjadi sehebat khadijah....kerana aku tahu dimaa letaknya iman ku..cukuplah aku tidak membebankan ayah dan ibu dengan dosa dan salahku sebelum aku diwali akadkan kepada rusuk kirinya jadinya aku...Aku mahu berubah menjadi yang lebih baik kerana aku sedar betapa kurang ilmu akal aku....
Aku tidak mahu andai sewaktu tiba titian yang panjangnya tak terdaya melangkah...aku rebah kebawah ......Aku berdoa agar datangnya akadku, yang dapat membimbingku, mengisiku,menghayati ku penuh dengan penuh ilmu kerana kurangnya aku....

p/s : Andai benar dia jodohku, dekatkan hatinya padaku..AMIN....

Wednesday, November 3, 2010

Aku terima akannya

Aku terima akanya...Segulung ijazah buat petanda diri ini akhir berjaya menamatkan pelajaran...TAHNIAH FAZIDAH..akhirnya diri ini berjaya membawa pulang ijazah yang bakal aku genggam...Buat keluarga tersayang terima kasih akan segalanya...hutang janji sudah aku langsaikan buat ibu dan ayah agar dapat mereka bangga kan aku sebagai waris keluarga...TERIMA KASIH buat teman yang sokongganya tidak pernah kurang dari dulu sehingga kini...Buat teman seperjuangan..TAHNIAH smg kita bakal menghadapi kehidupan yang lebih ceria dan lebih bermakna dimasa hadapan...

Siapa Kamu

Benar atau tidak kewujudan kamu aku sendiri tidak mahu peduli ..bukan kerana rasa diri tidak peduli tapi kerana aku yakin akan ikhlas nya diri mu...Aku sendiri bukan orang yang baik dan sentiasa jujur tapi kadangkala itu bersebab..bukan bohong sunat tapi keadaaan dan situasi yang kadangkala menyekat akal waras diri ini...Aku faham sepenuhnya....Andai ada persoalan yang hadir menghentam jiwa..jawablah dengan penuh keikhlasan bukan lari membawa diri kerana itu ibarat pesalah menunggu gantung nya biar kata pepatah..menglaah tidak bereerti kalah tapi dalam keaadan ini..itu bukan lagi pasak utamanya....Percayalah apa yang kamu mahu percaya kerana aku masih percaya...

25 randoms thing,fact, habit or goals about me...

Tag nie aku amik dr mass...hehehe.. sebab dh lama gila diri ini  tak updte status....

  1. Selalu konpius saturday dengan sunday hari apa.. biarpun aku dh berpuluh kali cuba  igt...(^_^).
  2. Belajar sampai degree sebab tak larat jadi kuli....huhuhu...bukan sebab nak pandai
  3. Sayang family  smp hujung nyawa...tp aku amatlah degil..mak kata aku degil....hihi
  4. Suka tido dengan bantal yang banyak...kiri dan kanan...adik aku amatlah berbulu dengan tabiat ini...
  5. Tak suka bunga...tapi suka jer kalo dapat.
  6. Suka masak dan makan...tapi kalo mak masak aku lg suka..
  7. Kalo baca novel atau majalah...aku suka baca dr belakang...sbb aku nie tak sabar...nanti aku baca langkau2...( tebiat nie sama ngn mass) hehehe
  8. Aku suka kengkawan aku.....tak caye leh cuba jadi kawan aku...
  9. I have been in crush with somebody for 10 years and still even he does't know...(^_^)
  10. Percaya atau tidak..aku suka tgk kabhi lushi kabhi gham...ader 300 kali dh ulang tak pun lebih...jgn tny knp, sbb kita tau kan sbb apa kita jatuh cinta...hahahha
  11. Aku senang addict kepada sst lagu dan akan dengar smp telinga dh muak...mangsa ada roomate ..sebaik roomate sporting.
  12. Gila tengok tv, amat2 gila sehingga boleh menyebabkan aku x buat kerja..hukhukhu..tebiat buruk.... Layan, CSI, NSIC, Supernatural 1-6, Las Vegas, Chuck, Flash Foward.
  13. Giler One piece dan naruto, prince of tennis, bleach..anime yang mmg aku layan dari dulu smp sekarang.
  14. Cita sekarang nak cari kebahagian untuk diri sendiri, dunia dan akhirat jika diberi peluang....
  15. Amat mudah menangis utk sesetengah sebab tp aku mmg jarang nangis depan orng lain kecuali kat umah...amat mudah lagi jika aku sensorang tgk citer sedih...hukhukhuk (=_;)'..
  16. Tak suka kena tinggal jadi aku mmg takkan tinggalkan orang...tak kira siapa...sbb the feeling is like hell..believe me...
  17. Sering terpikir dari rusuk kiri siapakh aku jadinya...? 
  18. Aku amat mudah melenting tapi amat mudah sejuk...jarang berdendam tapi sekali jadi smp bila aku igt....
  19. Aku graduate umur 27 tahun serta dalam keadaaan hujan dan banjir tapi ttp kenagan manis dalam hidup aku..
  20. Kelemahan paling susah nk ubah...x bleh ajuk diri dengan nama sendiri...ngn family aku jadi along, tp dgn sesiapa shj akan jadi aku, atau saya...hehehehe..aku geli nk ajuk nama sendiri...
  21. Aku suka mendesak dan pasksa..tp cuma pada mereka yang aku sayang dan mereka sayang aku..(^_^)
  22. Ada bnyk sgt nama panggilan tapi aku redha sebab tak elok kan kalo x redha...hehee
  23. Tak suka dengar radio...bising...sbb aku buka jer tv walaupun aku duk dapur...
  24. Nak cari orang yang boleh tahan tgk aku smp aku mati dan aku pun tahan tgk dia smp mati....hehehe
  25. Tabiat bangun tido suka on laptop dan pc..dari dip smp aku degree biar pun aku x der apa nk buat...

Thursday, October 7, 2010

Kasih sayang sejati...

Tajuk entry macam tuan punya diri balik dari bercinta tapi memang pun cuma mereka cinta hati sejak sepuluh tahun dahulu...Semasa era zaman bodoh alang sehingga berkeluarga kasih tetap bersama...Jatuh dan bangun kami harungi bersama....Syawal hampr melabuhkan tirai...sana sini "rumat terbuka" itu agenda nya...memenuhi undagan yang mana ada...semua tetap sama kerana kami masih bersama  cuma topik perbualan sudah jauh bezany a dari sepuluh tahun dulu...Kalau dulu topik hangat nya pasti artis semalaysia dan " secret admire", ..biasalah kami muda remaja ...hehehe...Tapi hari ini percaya atau tidak topik hari ini ...merencana masa hadapan jadinya... Masih lagi bergosip artis semalaysia cuma kini itu sampinganya....Pada teman yang sedang tumbuh bunga mekar ditaman hati...seribu doa aku panjatkan semoga ini jadi yang mekar sampai mati andai ia takdir ILLAHI......Kami bukan bersaing mencari kasih dan sayang sejati cuma masing2 menyokong antara satu sama lain...Kerana masa dan ketika ini..sudah tidak punya waktu untuk bercinta bertahun lamanya namun hasil tidak kemana...Kalau dahulu bila bercinta menjadi rahsia kini semua sudah makin terbuka..meluah rasa hati setia...bukan kami sebagai penilai cuma mahu gembira disampingnya...Being 27 years old  and still single is not an easy thing u know....hahhaha terlalu banyak cerita yang perlu kami kongsi bersama...Dalam perjalanan pulang...tajuk ini menjadi topik utama dengan seorang teman...Katanya..sudah sampai masanya ketika berusaha...mencari cinta.. bertemu kasih dan sayang sejati...Doa sudah kutitip dari sehari ke sehari kini sampai masanya kita berusaha mencari siapa geranganya...Hati ini sudah patut dibukakan supaya terima siapa shaja dengan redha....Inilah masanya kami memulakan pencarian untuk membina keluarga katanya...Tapi teman ini seakan punya ragu dihati...kerana tergalas dibahu sicantik sayang...ibu yang sayang sepenuh hati...Takut tiada yang dapat menerima hadirnya permata hidupnya ....Jadi tanpa berfikir apa padahnya..aku katakan pada teman ...andai sudah jumpa si cinta hati katakan padanya...i'm willing to accept but with one condition..you have to accept me with my package...buy 1 free 1. me and my lovely mother......untung apa tuan badan..beli satu percuma satu...bukan senang datang begitu....Kata teman...usaha + doa + tawakal...semua perlu kita lakukan...andai sudah tertulis sampai masanya..pasti akan tiba insyaallah....mudah mudahan teman kasih sayang sejati bertemu dengan cinta kasih yang kekal abadi sampai mati...AMIN....

Friday, October 1, 2010

Why talk if u can write? or Why write if u can talk?

Tajuk macam biasa dengar...Kata2 ini aku pinjam dari seseorang...jangan risau..aku sudah pinta izin pinjam kata katanya...Tajuk omputih entry melayu tak jadi salah kan...
Kata orang kata tajamnya mengalahkan pedang....Kalau betul gayanya boleh dapat apa sahaja hanya dengan kata - kata. Bukan kata - kata yang yang kosong isinya tapi penuh dengan ilmu tiada tolok bandingnya...Tapi kata juga andai salah laku lakunya...masjid yang indah terbina bertahun lamanya boleh runtuh sekelip mata andai tidak terkawal gunanya...Jika salah gunanya bisa pincang satu dunia....Itulah  kata - kata...Namun..jika kata dialunkan dalam nada penuh lembut iramanya...Dunia yang perang boleh jadi aman jadinya...Rajuk yang panjang bisa terhapus sekelip mata...Amarah yang meletus ibarat lahar bisa padam sejuk membeku membuang rasa..hati yang keras ibarat batu bisa lebut tanpa hadnya...Itu adalah kata - kata.....  Anak yang degil lakunya bisa jadi soleh paham kata ...Hebat atau tidak kuasa kata anda tentukannya...Namun masih ada yang tidak punya rasa untuk berkata..mungkin tulisan jadi senjata..
Sebanyak mana kata boleh diluah ..sebegitu juga tulisan boleh jadi nyata..Andai kata bisa setajam pisau, tulisan kata boleh menggegarkan dunia...tapi itulah nyatanya...Tulis kata yang hebat bisa menggemparkan aman satu dunia,terkenang sebagi penulis akhir kata.Tulisan yang sayu dan sedih jiwanya...bisa bergenang di tubir air mata tatkala mata membaca kata. ..meruntun jiwa emosi muda dan tua.
Kalu kata tidak mampu dilafaz...luahan rasa jadi pengganti diri....Pada yang tersayang, jika kasih tidak terucap dihujung bibir...bait2 pena cinta sebagai kata diri...Andai amarah menggunung tidak tercetus rasanya..sampaikan tulisan kata dengan penuh rasa geramnya...itu adalah tulisan kata...siapa sahaja mampu menulis itu hakikatnya.....Kasih yang jauh dimulut dalam dihati dapat sampaikan melalui tinta pena....Akal yang tajam dapat dikongsi dengan tulisan ilmiah ...itu lah kuatnya tinta pena....Jika betul isi dan pendapatnya...pasti dapat merubah dunia...seperti penulis besar yang ada kini hari....
Namun manusia ini lahirnya atau jadinya dari asal yang sama tapi punya rasa berbeza...Ada yang lahirnya semulajadi sebagai pendebat hebat...kata-katanya bisa mempegun seisi dunia....Tapi ada juga insan lahirnya pendiam yang amat sangat...Kata - katanya cuma kedngaran kadang kala tapi tinta penanya bersuara lantang menyuara rasa hati ....itulah manusia...
Ada orang perlu bersuara untuk melempias apa rasa hati...bergurau senda jadi peneman sunyi....berkawan rapat mesra tersenyum indah...Ada orang senyum pengganti kata....Sepuluh kata terlontar kita, diri itu tersenyum jua...berat mulut bukan emas isinya namun punya rasa yang berat tak terluah kata....Pena tinta jadi peneman jiwa....Rasa gembira dan sedih dikongsi sama...Membuat jiwa seakan rasa apa ditintanya....