Saturday, January 22, 2011

Kebenaran...

Manusia hidup berlandaskan kebenaran..Itu kata orang. Tapi bagi aku kebenaran itu subjektif. Punya nilai julat yang berbeza pada tempat, masa dan keadaan. Bukan ini bermaksud aku suka tipu atau ditipu ..tapi itu hakikatnya realiti kehidupan. Ada insan, yang sukar sekali menceritakan kebenaran, atau berlindung di bawah sesuatu keadaan. Tidak meceritakan sesuatu mungkin kerana kebenaran itu menyakitkan atau perlu menjaga atau melindungi sesuatu yang diamanahkan. Tapi bagi aku, semua itu hanyalah alasan bukan? Benar atau tidak, hanya tuan empunya sahaja yang pasti. Namun, tegarkah anda manusia membuai harapan dan kasih mereka yang ada, semata demi kepuasan diri sendiri. Selama ini berpaksikan khayalan atau cuma ilusi . 
Memberi mereka erti dalam pencarian kamu sebagai insan, menyusuri tapak lemah kamu mengharungi kehidupan...dan tanpa ada rasa...akhirnya kamu mengaku itu bukan kamu? Ianya sekadar permainan tinta, yang dirimu rasa adalah satu kepuasan? Jika benar ingin berselindung, usah singkap nyata siapa kamu. Teruskan alter_ego itu tanpa perlu diugkai segalanya. Bukankah itu lebih selesa dalam menjadi nyata.Teruskan hidupmu itu dengan apa yang kamu punya. Andai mereka punya persoalan, katakan yang benar atau..usah dibuai mereka dengan khayalan semata. Aku bukan perlukan kata- kata manis sebagai penyejuk jiwa, tapi seringkali kata itu diungkap namun hasil dan nyatanya berbeza. Permainan apakah yang cuba disampaikan. Degilnya aku menghormati sesorang itu tanpa kira siapa apa keturunananya...tapi dalamnya degil juga pada manusia yang mencambah rasa kurang ini di dalam jiwa...sehingga membuat aku menjadi semakin hilang rasa terhadap apa yang kamu ucapkan..