Sunday, January 23, 2011

Dalam tak apa - apa...

Hujung minngu yang patutnya di penuhi dengan rehat..telah aku penuhi...Carta kesihatan badan yang tak menentu agak menyumbangkan langkah dan irama yang kadangkala membuat otak dan badan terjunam hingga ke paras paling bawah.Tapi tahap keyakinan yang ada dalam diri telah membuatkan aku bertahan dan semakin dapt "cope" dengan keadaan dan situasi begini. Tapi dalam menyusur langkah tapak kaki ini, seringkali aku berkata " Tak apa". Kalau ikut gaya bahasa dan kata, ibarat aku boleh terima semua. Tidak menjadi masalah. Tapi kalau pada yang negatif pandangnya... aku menjadi manusia yang tidak berperinsip. 
Sejauh mana kebenaran itu...Aku cuba telah dan dalaminya.Aku menjadi manusia yang hampir 80% mengikut keadaan dan situasi.Bukan tidak berprinsip, tapi prinsipnya, jangan kusutkan kan keadaan yang kusut dan berkompromilah sebaik yang boleh. Bukankah punya kawan dan teman yang berprinsip sebegini mengundang bahagia? 
Tapi dalam "tak apa2" itu sebenarnya punya seribu satu cerita. Kecerewatan yang telah tersembunyi dalam gaya bahasa dan perlakuan tanpa disedari sesiapa. Mengapa perlu ditunjuk kelemahan andai kita punya kekuatan? Contohnya, aku tidak suka pada tauchu,kucai, dan asam pedas. Jadi aku ambil langkah pilih makanan yang lain dari yang tersenarai hitam. Tidak payah aku laungkan pada satu dunia ketidaksukaan itu. Itu milik kita, simpan sahaja. Andai tidak suka minum kopi, minum sahaja yang lain seperti sirap dan bandung. Kita punya aneka pilihan dalam kehidupan, mengapa yang tidak terpilih harus dinyatakan sedangkan seribu satu pilihan didepan mata..
Kalau diungkap tentang prinsip, pasti semua manusia ada prinsipnya cuma cara dan gaya persembahanyya berbeza. Tapi beprinsipkah kamu, kiranya semua harus akur pada prinsipmu? Itu tanya aku. Aku seringkali berfikir dan terus berfikir..kenapa manusia harus seringkali menjadi ego sedemikian rupa. Berpegang pada prinsip hidup amat baik, tapi andai mengundang duka, tiada gunanya..tapi itu kata aku.
Manusia bukan dinilai pada tinggi prinsipnya, tapi pada pegangan hidup jiwanya. Sejauh mana keikhlasan manusia tu pada diri sendiri. Aku sendiri sudah tidak tahu apa yang aku repekkan disini. Mungkin suhu badan yang kurang menentu membuatkan gaya tulis aku celaru. Aku sendri tidak tahu.

Keihklasan itu ibarat, sekor semut hitam yang berjalan diatas batu hitam...ringkas, tapi penuh makna bukan?