Wednesday, December 29, 2010

Jatuh menjunam...

Hidup ini kalau tidap pernah jatuh..memang hebat tuan punya diri sebab mampu imbangkan diri dalam setiap langkah perjalanan. Aku bukan sahaja pernah jatuh..tapi hari ini rasa macam terhempas dari tingkat 100 pun ada gayanya. Rasa sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar . Tapi kalau aku ukur dengan luka ada gaya macam kena lenyek dengan lori 8 tan gayanya.

Sumpah aku rasa macam tak mampu nak tanggung rasa sakit kali ini. Jatuh dah terlalu sinonim dengan gaya langkah perjalanan yang aku atur. Kerana aku memang manusia yang amat kurang segalanya ditambah cemerkap aku yang kadangkala mengundang bahana. Bukan aku tidak sedar atau paham akibatnya, cuma aku sendiri tak boleh nak ubah gaya langkah ini. Betulah kata orang tua - tua, melentur buluh biar dari rebungnya, cuma aku bukan lagi kategori buluh, tapi dah buluh buat lemang gayanya.

Jatuh menjunam kali ini betul - betul meninggalkan kesan yang amat mendalam kerana aku sendiri sudah tidak mampu untuk sedapkan hati sendiri. Kata orang aku negative thinking, tapi sebenarnya aku sendiri sudah terbiasa meramal kejadian paling buruk sebelum kejayaan mendatang. Aku rela jatuh sendiri dari ditolak orang jatuh menjunam macam hari ini. Sampai masa jari ini menaip, kelajuan aku menjunam dari 80 km/sejam kepada 15 km/sejam.Memang aku betul - betul rasa menjunam yang amat sangat. Kalau diukur self esteem aku dengan pembaris, 10 cm belum tentu sampai. Memang parah rasa kali ini.Menjunam habis semua semangat yang ada sampai aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku buat.

Jatuh menjunam kali ini memang buat aku ilang semua rasa yang ada buat masa ini. Reseptor saraf aku dan emosi seakan terkunci. Yang tinggal cuma kemarahan yang meluap - luap sampai aku sendiri dimana patut aku curahkan. Andai aku curahkan, pastinya empang banjir, tanpa dapat aku tahan. Lagi runtuh tembok sekeling aku kalau gaya aku sampai macam nie sekali. Dalam dada, ada 8 tan lori, rasa berat, sebu, sebal dan yang sama waktu dengannya.

p/s : aku tulis ketika tahap termometer jatuh aku berada diparas negative.




Friday, December 17, 2010

Degil

Degil...terlalu sinonim dengan aku...Perangai yang aku rasa aku bawak smp mati..Cukup susah nk kikis tapi kalau kena cara, degil aku boleh jadi baik..Ibu kata rambut aku pun degil macam aku sebab kalau kusut susah nk sikat...Nampak gaya aku tak degil mana, sbb kalo aku suka...aku ikut ker..Tapi kalo apa yang aku nk tak dapat..masa tue baru nampak degil aku..kekadang ibu pun hangin dgn aku...aku nmpk degil bila aku tak nak compromi dengan sesapa atau pun mahu dengar kata..Dan lagi orang kata TAK kat aku..lagi aku kata YA..
Tapi ader cara nk patah degil aku..Ibu aku pandai jer...Dari dia bertekak2 abis suara dengan aku...mesti ibu kata..buatlah ikut suka..confirm aku x buat apa yang aku kata..sbb aku mmg x bleh bila orang ckp mcm nie dengan aku..Tapi degil2 aku..aku senang giler nk wat drama sebabak malaysia.Kalo aku sakit atie,geram dan marah yg melampau2..aku mesti nangis kaw2..tapi aku takkan ckp apa pun masa aku buat aksi nie..sbb aku cuma nk nangis jer..Tak caya tny ibu aku...hahahah 
Walaupun aku degil, gelak gaya macam tak cukup hari..tapi kalo aku sedih...kalah artis drama air mata tau...Aku kalo kena marah senang jer nk nangis..hahaha...Tapi degil aku juga tgk pada orng dan tempat..aku bukan degil buta tuli...Yang pasti aku mmg degil...
p/s Aku pun tak tau asal aku tulis entry nie...

Aku jawab secara kira logik nyata dimana relevennya belanja kawin mahal.

Lewat semalam aku baru pulang dari kenduri kawin..undangan teman ibu aku penuhi kerana ibu punya agenda lain....Sewaktu pertama kaki melangkah.Wah,sungguh meriahnya..khemahnya saja hampir penuh satu lorong jalan...sepuluh jika tidak salah perkiraan aku...Ini bukan gaya makan orang kaya..cuma sama seperti biasa tapi lebih meriah kerana ramai orangnya..Makanan yang dihidangkan juga seperti biasa..tiada yang lain dr istimewa..makan kenduri la katakan...ayam goreng berempah, daging kicap, nenas kari dan ada buah serta kuih jadi sampingannya...Itu semua biasa kita dapat di makan kawin kenduri rasannya...
Ikut gaya mereka seperti berlebihan gayanya...tapi percayalah tuan rumah cuma mahu tiada siapa yang rasa kurang selesa..rumahnya terletak ditaman perumahan bekembar..maksud ku....teres bertingkat yang bersebelahan dengan perumahan tinggi meninggi ( flat) pasti ramai kenalan yang hadir ditambah dengan kenalah ahli keluarga..bagiku cukup sempurna dan serderhana...diiringi kumpulan acapella sebagai peneman setia..
Langkah kaki aku atur pulang setelah menunaikan niat perut dan rasa hati untuk melihat pengantin...sambil rehat badan santaikan diri...tak dapat tidak, perbincangan mengenai pengantin muncul dibibir diri. Percaya tidak...perkhawinan yg bukan ala2 garden itu mencecah hampir berbelas ribu...Bukan pada deco yang sia - sia tetapi pada isi perut tetamu yang istimewa..Semua perlu sempurna walaupun sekadar makanan perkhawinan biasa..
Jadi usah mengeluh resah andai teman sehidup semati anda minta belanja mahal..Kalau tidak cukup, tunggu sampai cukup..tak perlu timbul isu jual anak atau pun apa...Kalau sudah mampu..langsungkan sahaja....tapi kali tidak mampu tapi mahu..nikah sahaja..tanpa perlu perkhawinan idaman..kan abis cerita???.
Kenapa perlu membuka semua aib manusia hanya kerana nafsu akalmu tidak dapat dipenuhi.Kalau betul kasih sejati, katanya sanggup meredah lautan api, takkan belanja kawin mahal jadi penghalang diri???

Ragam manusia

Percaya tidak, aku dah jadi penggangur tegar kembali dan berada dalam state " job hunting" ..Masa yang terlalu banyak membuatkan kemalasan aku menjadi semakin menjadi - jadi untuk menulis..Tapi aku bukan tuli buta..aku perhati dan memerhati..apa yang nampak dan apa yang tidak...melalui tinta tulis tak banyak sikit dah tau gaya perangai manusia...Uniknya manusia ini keran terciptanya dari tanah...punya rasa dan perasaan dan satu - satunya ciptaanNYA yang dikurniakan akal...Untuk timbang tara mana yang buruk mana yang bukan...
Tapi yang paling uniknya ragam manusia ini...terlalu banyak dan sukar diungkaikan dalam kata atau buku...Terlalu banyak yang ada sampai tidak ketahuan jadinya...Bukan kerana diri baik sangat jadinya...cuma aku kadangkala seronok melihat ragam mereka....
Manusia itu mudah lupa karekternya....jika sudah berada ditahap selesa..nyaman udara...seindah kata mengeluarkan kata..seolah - olah anda sahaja punya jiwa dan teguhnya...Andai tidak suka...jangan dipandang dan usah dikerling ...beredar sajaha ibarat angin lalu....ibarat mencurah air ke daun keladi.Tiada yang tinrgal tiada yang kesal..Andai belum sampai tahapnya..jangan dianggap yang lain buruk kerena sombongnya..itu hal mereka..mata dan rasa milik mereka...andai mereka mahu pasti datang kembali...Itu kata aku...kata nagi mata yg selalu memandang dari membalas tinta....