Tuesday, June 29, 2010

Letaknya sebuah Kejayaan....

Hari nie mood separa okey.Tetiba jer terlintas nak buat enrty ini.. Sebab aku sekarang tengah menilai dimanakah letakanya kejayaan aku. Pada diri ini, setakat hari ini.aku masih belum berjaya walaupun beberpa impian sudah menjadi kenyataan.Suatu ketika dahulu, diri ini berada jauh dari kejayaan..sedangkan rakan seperjuangan meneruskan langkah kejayaan..namun dengan sokongan dari mereka.diri ini berjaya memenuhi impian diri, mengenggam segulung ijazah. 
Bagi aku, ini sebuah kejayaan...tidak perlu berada dikalangan yang yang teratas, cukuplah sekadar berada dikalangan mereka.. Bagi diri ini, letaknya sebuah kejayaan apabila diri ini merasa bahagian dan bersyukur dengan apa yang ada..tidak perlu berada tinggi, cukuplah diri ini dapat membanggakan kedua ibubapa. Membuat rakan seperjuangan tersenyum bangga..Memenuhi impian untuk hidup bahagia.
Bagi mereka yang lain...munkin letaknya sebuah kejayan apabila diri telah mempunyai kemewahan dan kekayaan...mungkin juga apabila berada diatas dan merasakan diri ini berkuasa mengatasi yang lain membuatka kita merasakan kita telah berjaya, menjadi yang terbaik dikalangan terbaik...semua ini hanya andaian atau mungkin juga kenyataan..
Namun dimana juga letaknya sebuah kejayaan..hanya diri ini yang tahu, begitu kalian dan jangan biarkan mereka meletakkan sebuah kejayaan pada diri kalian...tidap perlu tinggi melangit andai nanti jalan diri ini tidak menunduk kebawah...Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita..